RUU Perkhidmatan Parlimen reformasi kebebasan wakil rakyat

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, esok membuktikan kematangan proses demokrasi di Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar yang memerlukan sokongan dua pertiga Ahli Parlimen itu akan memperkasa Parlimen,  sebagai mercu tanda kebebasan bersuara terhadap wakil rakyat.

Menurutnya, RUU itu dilihat tidak boleh terlalu terikat dengan proses perkhidmatan awam secara menyeluruh.

“Sebab itu, saya kata, ada juga kebijaksanaan. Bila ada kuasa, itu dimanfaatkan untuk melaksanakan program dan ini antara program yang agak penting.

“Ini  kerana ia sekali lagi menunjukkan keupayaan kita memperbaiki sistem pentadbiran demokrasi di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Mengulas perkara berbeza, Anwar memberi peringatan kepada agensi dan jabatan kerajaan untuk mengelak pembaziran dalam penganjuran program sepanjang Ramadan termasuk program berbuka puasa atau iftar.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan, program sebegitu tidak seharusnya dibuat secara bermewah-mewahan, sebaliknya perlu lebih bersederhana supaya roh dan semangat Ramadan itu benar-benar dapat dihayati

“Ia juga bertepatan dengan dimensi kerohanian kerana Ramadan merupakan bulan untuk mengukuhkan keyakinan dan ibadah kepada Allah SWT, selain memupuk integriti, disiplin dan kejujuran dalam kegiatan hidup umat Islam supaya menjadi lebih insaf.

“Saya perhatikan kadang-kadang jabatan, agensi dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan memulakan bulan Ramadan dengan memberi sumbangan, itu kita galakkan.

“Tetapi kadang-kadang perkakasan yang digunakan itu berlebih-lebihan, kotak-kotak yang sangat indah, tetapi nak isi hanya kurma. Jadi kalau harga kotak itu lebih mahal daripada kurma, bagi saya itu satu pembaziran,” katanya.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berpandangan,  tiada keperluan untuk mempamerkan kemewahan susulan dana yang digunakan program sepanjang Ramadan boleh digunakan untuk memberi lebih manfaat kepada yang memerlukan.

“Saya turut mengajak penjawat awam supaya membudayakan pembacaan, kefahaman dan mesej di dalam al-Quran sepanjang bulan Ramadan.

“Ia bertepatan dengan Ramadan yang merupakan bulan diturunkan al-Quran dan kitab suci itu juga adalah petunjuk kepada umat Islam dalam membuat pertimbangan antara yang baik dan buruk dalam kehidupan,” katanya.

Related Posts

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kejayaan besar apabila memperoleh peruntukan bernilai RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui satu memorandum bagi memperkasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara