Penjawat awam, ketua jabatan agensi harus jadi penghubung beri penjelasan dasar kerajaan kepada rakyat

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa setiap penjawat awam, termasuk ketua jabatan agensi kerajaan dan Kementerian menjadi penghubung terhadap dasar serta polisi yang dilaksana kerajaan kepada rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, setiap keputusan dan dasar yang dibuat kerajaan tidak seharusnya terhenti hanya setakat mesyuarat Jemaah Menteri atau di peringkat kementerian atau jabatan kerajaan semata-mata.

Menurutnya, penjawat awam termasuk ketua-ketua jabatan agensi kerajaan tidak hanya terikat dengan tugasan di jabatan masing-masing tetapi mempunyai iltizam perkhidmatan awam yang lebih jelas.

“Antara yang saya tegur ialah kadang-kadang keputusan kita (kerajaan) tidak sampai ke bawah (rakyat), jadi di bawah itu ada keresahan. Keputusan kita dalam Jemaah Menteri itu patut disampaikan, segala tindakan harus disampaikan,

“Bukan sahaja dalam mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Menteri, tetapi juga yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian, ketua-ketua jabatan dan sebagainya. Jika tidak, ada disconnected (terputus hubungan) dengan apa yang dilakukan di atas (kerajaan) yang tidak sampai ke akar umbi (rakyat),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Mac tahun 2025 di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, di sini, pada Isnin.

Mengulas lanjut, Anwar menegaskan, gesaan terbabit juga terkait dengan usaha reformasi institusi yang sedang dilakukan kerajaan ketika ini termasuk menerusi penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2025 dan RUU Perkhidmatan Parlimen yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok.

“Akta terbabit penting berikutan ia akan menentukan pengasingan pentadbiran, pengurusan dan kuasa Parlimen yang bebas dari perkhidmatan kerajaan umumnya.

“RUU itu akan memberi ketetapan berhubung kematangan proses demokrasi dalam negara, sekali gus menunjukkan keupayaan kerajaan dalam memperbaiki sistem pentadbiran dan demokrasi negara,” katanya.

Related Posts

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

KANGAR – Kerajaan Negeri Perlis merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan atas komitmen padu dalam pelaksanaan pelbagai projek pembangunan di negeri ini. Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, sokongan berterusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Pahang sedia RM2 juta anjur liga bola sepak daerah, negeri

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Kerajaan Perlis rakam penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Hubungan Sabah–Persekutuan pasca-PRN17

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Tasik Chini perlu dihidupkan kembali, kata ADUN Chini

Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

  • By Ynom
  • December 9, 2025
Kesesakan Pelabuhan Sepanggar sedang ditangani – Ewon

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam

Dua lelaki warga Thai cuba seludup diesel dicekup di Bukit Kayu Hitam