Replika naga pamer bendera China, polis Muar buka tiga kertas siasatan

MUAR – Polis membuka tiga kertas siasatan kepada penganjur bagi sebuah program perarakan seni dan kebudayaan selepas acara berkenaan dikesan mengandungi bendera negara China yang dipamerkan pada replika naga perhiasan.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 6(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 3(1) Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.

Menurut beliau, hasil semakan mendapati, replika naga yang dinobatkan terpanjang di Malaysia itu telah diarak ke beberapa laluan utama di sekitar bandar sempena festival bersama masyarakat Tiong Hua, semalam.

“Hasil pemantaun polis bertugas mengesahkan, replika naga itu telah ditampal dengan bendera Jalur Gemilang di sebelah kanan, manakala sebelah kiri pula dihiasi bendera negara China sebagai tanda kerjasama antara mereka menjayakan program itu.

“Bagaimanapun, sejak acara itu berlangsung, media sosial tular mengenai dakwaan kononnya replika naga tersebut bertujuan mengangkat negara China semata-mata sambil memuat-naik gambar bendera mereka,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Justeru, ujar beliau, pihaknya telah mengambil tindakan proaktif dengan memanggil kumpulan penganjur program sebaik video dan dakwaan negatif itu tular.

“Kita menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau percaya kepada berita yang tidak ditentukan kesahihannya khususnya melibatkan perpecahhan kaum dan keamanan negara.

“Pihak polis menyeru orang ramai untuk sentiasa menyalurkan apa jua maklumat kepada pihak polis bagi memastikan keselamatan kekal terjamin,” katanya.

Related Posts

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

BAU – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditemui meninggal dunia selepas dipercayai lemas ketika mandi di sungai di Kampung Segubang, petang Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

KUCHING – Polis Sarawak menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menumpaskan sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah di sekitar Kuching dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan mencecah RM16.8 juta. Kejayaan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Remaja lelaki 14 tahun lemas ketika mandi sungai

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

Sindiket dadah guna WhatsApp dan kurier tumpas, rampasan cecah RM16.8 juta

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

JAIP tarik sijil halal 2 syarikat pembekal makanan

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

Lelaki 59 tahun ditahan, disyaki terlibat kes rogol kanak-kanak OKU

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

KKM sangkal dakwaan label hologram gagal, masih berfungsi lindungi pengguna

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane

Bayern ke final Piala Jerman hasil gol Diaz, Kane