Konvensyen Wanita DAP Sabah lulus lima resolusi utama tangani isu wanita di Sabah

KOTA KINABALU – Konvensyen Biasa Wanita Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah meluluskan lima resolusi utama dalam menangani isu kritikal yang melibatkan wanita di Sabah di sini pada Ahad.

Menurut Setiausaha Publisitinya, Alison Wong See Yii, ia termasuk 30 peratus perwakilan wanita dalam peranan membuat keputusan dan pencalonan pilihan raya.

“Pertama, memperjuangkan 30 peratus perwakilan wanita dalam peranan membuat keputusan dan pencalonan pilihan raya.

“Mendesak Kerajaan Sabah menaikkan had umur perkahwinan minimum kepada 18 tahun dengan meminda Enakmen Mahkamah Anak Negeri 1992.

“Ketiga, menyeru Dasar Keterlibatan Gender untuk mengurangkan diskriminasi dan menggalakkan peluang yang sama untuk semua pihak berkepentingan, termasuk wanita, belia dan kumpulan terpinggir.

“Menyokong pendirian sifar toleransi DAP terhadap rasuah dan menggesa siasatan menyeluruh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Akhir sekali, menambah dorongan dan sokongan untuk ibu tunggal meningkatkan kualiti hidup mereka termasuk akses kepada peluang,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambahnya, konvensyen itu menekan komitmen tinggi wanita DAP Sabah terhadap kesaksamaan, kepelbagaian dan tadbir urus yang baik.

Jelas Alison, sepanjang penggal lalu, Sayap Wanita DAP Sabah telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dengan menubuhkan sembilan bahagian di seluruh Sabah di Sandakan, Batu Sapi, Tawau, Kota Marudu, Sepanggar, Kota Kinabalu, Penampang, Keningau dan Tenom.

Katanya, ia menyumbang kepada peningkatan yang ketara dalam keahlian iaitu 3,496 wanita setakat ini.

“Di bawah pimpinan Jannie Lasimbang, Ahli Dewan Undangan Negeri Kapayan dan Ketua Sayap Wanita Pakatan Harapan dan Clare Taunek bekas Ketua Wanita DAP Sabah, Sayap Wanita DAP Sabah juga memainkan peranan penting dalam mengetuai menggerakkan dan menggalakkan lebih ramai wanita untuk mengambil bahagian dalam bukan sahaja politik tetapi dalam proses pilihan raya juga.

“Sayap Wanita terus komited untuk meningkatkan perwakilan wanita dalam jawatan kepimpinan daripada peringkat akar umbi kepada jawatan kepimpinan tertinggi di negeri dan negara,” ujarnya.

Related Posts

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

ALOR SETAR – Sebahagian bangunan Balai Polis Kepala Batas, di sini yang melibatkan bilik server musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Kejadian itu disedari oleh seorang anggota yang sedang bertugas…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

TAWAU – Perpustakaan seluruh negara disaran memperkukuh peranannya agar kekal relevan seiring keperluan semasa dengan bertransformasi digital. Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy berkata, peralihan tradisional kepada sistem…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Kebakaran awal pagi musnahkan bilik server Balai Polis Kepala Batas

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pendigitalan kunci tarik minat generasi muda ke perpustakaan

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Pentadbiran negeri mesti terus berfungsi, pelihara kepentingan rakyat – Tuanku Muhriz

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

Agong akan tentukan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu, pilih calon terbaik

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

Tuntutan 40 peratus hasil Sabah hak rakyat, bukan agenda politik

Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas

Ekonomi MADANI: Bukan sembang kosong atas kertas