Real atasi Barca hasil gol Mbappe, Bellingham

JUDE Bellingham menjaringkan gol kemenangan ketika Real Madrid menewaskan Barcelona 2-1 pada aksi Clasico yang tegang awal pagi tadi.

Juara bertahan Barcelona sebelum ini menang dalam empat pertemuan berturut-turut musim lalu, namun pengurus baharu Real, Xabi Alonso menamatkan rekod berkenaan dalam penampilan sulungnya mengendalikan aksi penuh tegang itu.

Kylian Mbappe membuka tirai jaringan buat Madrid sebelum Fermin Lopez menyamakan kedudukan untuk pelawat di Santiago Bernabeu.

Namun Bellingham menambah gol kedua sebelum rehat yang akhirnya menjadi penentu kemenangan.

Ketegangan memuncak di hujung perlawanan apabila pemain tengah Barca, Pedri dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua.

Kemenangan itu menyaksikan Madrid meraih sembilan kemenangan daripada 10 aksi liga pertama mereka musim ini, sekali gus menebus kekecewaan kekalahan dalam aksi musuh tetangga kepada Atletico Madrid, bulan lalu.

Related Posts

Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Arsenal ke separuh akhir UCL selepas singkir Sporting

ARSENAL mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara selepas bernasib baik mempertahankan keputusan seri tanpa jaringan menentang Sporting Lisbon sekali gus memastikan kemenangan agregat 1-0, awal pagi tadi. Pasukan kendalian Mikel…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan