Rafizi umum letak jawatan Menteri Ekonomi

PUTRAJAYA – Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini mengumumkan peletakan jawatannya daripada Jemaah Menteri, berkuat kuasa 17 Jun ini, iaitu kurang dua minggu dari sekarang.

Rafizi berkata, beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan menghabiskan cuti tahunan sehingga tarikh akhir itu.

“Peletakan jawatan ini akan berkuat kuasa dari 17 Jun 2025. Bermula dari hari ini, saya akan menghabiskan baki cuti tahunan sehingga 16 Jun 2025,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu turut dikongsi di media sosialnya.

Pengunduran itu dibuat selepas beliau tewas dalam pemilihan PKR baru-baru ini.

Rafizi menyifatkan keputusan pemilihan terbabit ‘memberi isyarat jelas’ bahawa beliau tidak lagi mempunyai mandat politik untuk terus menterjemahkan agenda parti dalam pentadbiran kerajaan.

“Saya menyertai politik untuk membudayakan politik baru yang berteraskan kebertanggungjawaban dan mandat rakyat.

“Kekalahan saya dalam pemilihan PKR baru-baru ini bermakna saya tidak lagi mempunyai mandat dari parti saya untuk menterjemahkan agenda rakyat yang digagaskan PKR menjadi program kerajaan,” katanya.

Dalam Pemilihan PKR peringkat pusat Jumaat lalu, Rafizi gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden apabila dikalahkan Nurul Izzah Anwar.

Mengakui amalan demokrasi yang mengangkat prinsip akauntabiliti politik, Rafizi berkata pemimpin yang tewas dalam pemilihan parti wajar memberi laluan kepada pemimpin baharu menyertai barisan pentadbiran.

Rafizi dalam pada itu memaklumkan amanah terakhirnya sebagai menteri ialah memuktamadkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang kini sedia untuk dibentangkan di Parlimen.

Beliau menjelaskan, RMK13 memberi penekanan kepada reformasi menyeluruh dalam sektor pendidikan, termasuk cadangan perubahan struktur terhadap Kementerian Pendidikan – yang disifatkan sebagai ‘reformasi berani’.

“Saya berharap Jemaah Menteri tetap mengekalkan beberapa reformasi berani yang melibatkan Kementerian Pendidikan di dalam RMK13, walaupun saya tidak lagi berada di dalam Jemaah Menteri,” katanya.

Rafizi turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Ekonomi yang disifatkannya sebagai efisien dan berkemampuan tinggi dalam merangka dasar serta program yang berimpak.

“Saya melihat sendiri kecekapan dan kemampuan sebahagian besar penjawat awam di sini.

“Saya yakin program untuk membaiki struktur ekonomi negara akan terus dilaksanakan dengan jaya,” tambahnya.

Mengakhiri kenyataan itu, Rafizi menitipkan penghargaan kepada rakyat, penjawat awam, sektor swasta, media, serta semua pihak yang pernah bekerjasama dengannya sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Beliau menyeru agar semua pihak terus menyokong keputusan dasar jangka panjang, walaupun keputusan tersebut sukar dan tidak popular.

Related Posts

Rakyat Malaysia perlu berhenti berbalah isu bahasa

BENTONG – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia menghentikan pertelingkahan berpanjangan antara kaum berhubung isu bahasa, sebaliknya kembali memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan anak-anak negara lebih berdaya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas Panglima Tentera Darat tak mengaku terima rasuah lebih RM2.12 juta

Kuala Lumpur: Bekas Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan yang berdepan empat pertuduhan rasuah berjumlah lebih RM2.12 juta, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

Jalan rosak di Sepanggar diberi perhatian serius – Mustapha

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

59 ADUN Perak termasuk pembangkang terima peruntukan sama rata RM10,000 sebulan

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028