Qunut Nazilah: Pas bukannya mangsa, sebaliknya pemangsa

SEMALAM ada seorang mamat yang menggelarkan dirinya MZ marah-marah akan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang katanya tak layak bercakap pasal agama terutama dalam bab tempat dan waktu baca Qunut Nazilah.

Melalui video Tik Tok @mohdzaharin.mr_mz89, mamat tu hentam Saifudin hanya atas alasan bahawa Qunut Nazilah sebenarnya dibaca selepas rukuk rakaat akhir sedangkan, sang menteri berkata bahawa bacaan qunut itu dilakukan sebelum rukuk.

Kita andaikanlah sahaja sang menteri memang berkata begitu, namun bagi orang yang berfikiran rasional, itu mungkin kesilapan bukannya kesengajaan apatah lagi hal itu berlaku dalam suatu sidang media. Faktanya, kesilapan itu boleh diperbetul oleh sang menteri jika beliau memperhalus perkara itu.

Pun demikian, Qunut Nazilah menurut Saifudin, masih lagi dilafazkan dalam solat; bukannya di luar solat seperti yang dilakukan Ahli Parlimen pembangkang dalam satu sesi persidangan baru-baru ini.

Bersungguh-sungguh betul mamat walaun MZ berbaju hijau tu memperlekeh sang menteri, kononnya sang menteri dah mula nak bercakap pasal agama. Kenapa tidak boleh? Bercakap agama itu hanya hak kumpulan walaun sahajakah?

Dahulu, ketika PMX menyisipkan sebilah peristiwa Ashabul Kahfi dalam satu ucapannya di hadapan sejumlah kakitangan awam dalam satu progran rasmi, heboh walaun kata tugas PM bukannya bercakap agama tapi mentadbir negara.

Pelik betul manusia bergelar walaun ini. Kalau pemimpin kerajaan termasuklah menteri dan sebagainya tidak bercakap pasal agama, dikatakan pemimpin menjauhi agama. Apabila pemimpin bercakap pasal agama, dicaci dan dicela dengan mencari sisi yang kurang kemas, pada hal ucapan dan hujah pemimpin pembangkang banyak yang bersifat ‘ke laut’.

Berbalik kepada Qunut Nazilah tadi, kalaulah sang menteri benar-benar tersilap, perbetullah kesilapan itu baik-baik. Seharusnya kita meraikan kesediaan beliau bercakap soal agama kerana itu tanda pemimpin tidak menjauhi agama dalam kehidupan harian.

Ini tidak, sebaliknya dikecamnya sang menteri, Dalam hal ini, biarpun Saifudin tersilap, namun konteks ruang bacaan qunut yang disebut oleh Saif masih lagi relevan iaitu dalam solat. Itu lebih tepat berbanding tingkah laku pemimpin pembangkang yang membaca qunut tersebut dalam sesi persidangan parlimen.

Lagi satu yang kelakarnya, walaun MZ itu kata, Qunut Nazilah dibaca oleh orang yang teraniaya iaitu Pas. Siapa yang teraniaya sebenarnya; bukankah kakitangan KWSP yang difitnah oleh Mat Jargon? Pas bukannya mangsa, sebaliknya pemangsa.

Kalaulah digali sejarah Islam, tindakan membaca Qunut Nazilah dalam konteks mendoakan kemudaratan kepada sesuatu pihak hanya ditujukan ke atas Kafir Harbi (yang membunuh sejumlah orang Islam) bukannya ditujukan ke atas sesama Islam.

Yang tidak kurang pentingnya, itu dilakukan hanya dalam solat wajib, bukannya solat sunat, apatah lagi dalam majlis lain tapi yang Pas buat itu tujuannya apa, bila, dan di mana?

Ada tak walaun nak jawab permasalahan ini?

Related Posts

Projek kawalan hakisan pantai di Terengganu, di mana obligasi bersama Kerajaan Negeri?

KEPUTUSAN Kerajaan Persekutuan meluluskan tiga projek pengawalan hakisan pantai di Negeri Terengganu bernilai RM182.5 juta membuktikan Kerajaan Persekutuan komited melaksanakan obligasi berdasarkan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Tiga projek yang diluluskan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Akta PSB: Negeri pembangkang turut serta dalam sesi libat urus, kenapa berbohong?

ISU Rang Undang-Undang (RUU) Pembangunan Semula Bandar (PSB) atau Urban Renewal Act (URA) telah menjadi polemik dalam masyarakat sekarang. Pelbagai naratif dimainkan pembangkang termasuk menyentuh isu-isu sensitif berkaitan kaum, agama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi bertanding jawatan Naib Presiden PKR

Fahmi bertanding jawatan Naib Presiden PKR

Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

  • By Fandi
  • March 16, 2025
Sandakan Heritage Walk: Promosi gaya hidup sihat, sejarah dan pokok warisan

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Undi tertinggi milik Gobind, Loke kekal Setiausaha Agung DAP

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Polis tembak mati suspek kes samun guna senjata api

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Saya boleh masak gulai ikan temenung, tapi tak sama dengan sentuhan bapa yang memasaknya – Dr Suraiya

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy

Sarawak mohon kaji semula data eKasih, pastikan ketepatan kadar kemiskinan – Nancy