Islam terancam di tangan dan mulut siapa?

SEKURANG-KURANGNYA ada dua bukti baharu bahawa Islam sedang terancam di tangan sesetengah pihak yang selama ini mendabik dada memperjuangan agama yang maha suci itu.

Kalau selama ini pembangkang selalu kata Islam terancam di tangan PMX, Kerajaan Perpaduan, atau Malaysia Madani kerana bekerjasama dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP), nampaknya kini Islam terancam di tangan mereka.

Bukti pertama, tindakan mereka membaca Qunut Nazilah di dewan parlimen, diketuai Ahli Parlimen Jasin – Zulkifli Ismail. Terancamnya Islam dalam bab ini disimpulkan apabila mereka melanggar adab dan objektif bacaan qunut tersebut.

1.1 Mereka baca Qunut Nazilah kerana membantah Ahli Parlimen Machang – Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal – digantung enam bulan daripada menghadiri sidang parlimen. Islam terancam di sini kerana yang dibela itu penjahat – Mat Jargon. Dia memfitnah seorang pegawai KWSP. Sepatutnya bukan dia yang dibela sebaliknya pegawai KWSP tersebut.

1.2 Pembangkang membawa normalisasi baharu dalam bab baca Qunut Nazilah iaitu mendoakan keburukan sesama Islam. Ini bukan sunah, malahan bertentangan dengan ajaran Islam. Amalan ini amalan Khawarij. Pembangkang mengancam kesucian Islam dengan menyuntik fahaman yang terpesong.

1.3 Pembangkang mengajar perkara yang salah dalam bab peraturan membaca Qunut Nazilah. Doa itu orang baca dalam solat lima waktu; bukannya solat sunat, apatah lagi dalam sesi parlimen. Menunjukkan contoh yang menyimpang, sebenarnya mengancam kesucian Islam.

1.4 Bertaburan komentar penyokong pembangkang dalam laman media sosial seperti You Tube, Facebook, dan X yang lebih kurang berbunyi begini: “Kenapa takut sangat dengan Qunut Nazilah? Sesiapapun boleh baca, bila-bila, dan di mana saja. Jika tak salah, takut apa? Allah Maha Adil”. Tengok, betapa terancamnya Islam sekarang di tangan walaun dan pemimpinnya. Yang kita cakap sekarang, kesucian Islam. Pembangkang sudah menyemai ajaran yang salah dalam bab objektif dan kaedah membaca Qunut Nazilah. Ini sudah parah! Ajaran pembangkang sudah jauh tersasar.

Bukti kedua, kenyataan media Penolong Setiausaha Armada – Muhammad Faiz Rahmad yang disiarkan portal Malaysiakini pada 20 Julai 2024, menyatakan bahawa “tindakan gantung Wan Fayhsal bacul, langgar prinsip demokrasi”.

2.1 Islam kelihatan terancam di mulut Muhammad Faiz kerana melabelkan tindakan itu bacul, sedangkan tindakan gantung ke atas Mat Jargon itu tepat disebabkan dia membawa satu isu hanya berasaskan surat layang. Pihak yang dituduh pula tidak berpeluang membela diri. Muhammad Faiz telah menyuntik jarum jahatnya ke jantung rakyat Malaysia dengan ajaran yang menyimpang. Ini amatlah tidak bagus untuk kita membentuk suatu pemikiran yang rasional dan beradab dalam kalangan rakyat.

2.2 Keterancaman Islam dalam konteks ini juga dapat dilihat melalui amalan mengampu Muhammad Faiz ke atas “orang atasannya” – Mat Jargon. Amalan ini jika dibiarkan, akan menjadikan Islam dilihat naif kerana yang salah dipertahankan, sedangkan Islam sebenarnya menentang perbuatan itu.

Demikianlah dua bukti berserta enam pecahannya bahawa Islam itu sebenarnya terancam di tangan dan di mulut pembangkang, bukannya di tangan dan di mulut PMX, Kerajaan Perpaduan, dan Malaysa Madani.

Walaun dan pemimpinnya hadam tak ni?

Related Posts

Benih petai dan nangka sudah bercambah

TIDAK mengambil masa yang lama, kelihatan benih petai dan nangka sudah bercambah. Pun begitu, yang bercambah itu bukannya tumbuh-tumbuhan sebaliknya air minuman botol plastik dan tisu bungkusan kecil. Aneh? Tidak!…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan BKKA wang royalti, di mana hasil negeri sejak Pas perintah?

SEJAK pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) gegak gempita seluruh negeri Terengganu membincangkan isu ini. Apa yang menarik perhatian ialah beberapa Exco Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta