Pantun Dua Kerat: Apologi kepada Mat Jargon

Rajin itu nyonya, bakar pulut lepa;
Banyak orang tanya, PM buat apa?

Bakar pulut lepa, guna banyak bara;
PM kita tegas, bina ini negara.

Guna banyak bara, arang dari pasar;
Bina ini negara, dengan jiwa besar.

Arang dari pasar, ikat tali kenaf;
Dengan jiwa besar, PM beri maaf.

Ikat tali kenaf, biar lebih kemas;
PM beri maaf, lawan jadi cemas.

Biar lebih kemas, hasil tidak punah;
Lawan jadi cemas, mula tabur fitnah.

Hasil tidak punah, itu semua rezeki;
Mula tabur fitnah, tipu sana sini.

Itu semua rezeki, untuk kita makan;
Tipu sana sini, kena halau dewan.

Untuk kita makan, tubuh jadi sihat;
Kena halau dewan, enam bulan rehat.

Tubuh jadi sihat, kuat esok hari;
Enam bulan rehat, harap sedar diri.

Related Posts

Benih petai dan nangka sudah bercambah

TIDAK mengambil masa yang lama, kelihatan benih petai dan nangka sudah bercambah. Pun begitu, yang bercambah itu bukannya tumbuh-tumbuhan sebaliknya air minuman botol plastik dan tisu bungkusan kecil. Aneh? Tidak!…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan BKKA wang royalti, di mana hasil negeri sejak Pas perintah?

SEJAK pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) gegak gempita seluruh negeri Terengganu membincangkan isu ini. Apa yang menarik perhatian ialah beberapa Exco Kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

Pertandingan pintu gerbang meriahkan suasana kampung Malam Tujuh Likur

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

PM sambut Aidilfitri MADANI di lapan negeri

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Bapa kepada dua kanak-kanak mangsa mercun bola disiasat polis

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Dividen LTAT 5.25%, agihan tertinggi selepas 7 tahun

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Maxim anjur majlis berbuka puasa, raikan rakan pemandu di Sarawak

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta

Kastam sita 363 kilogram syabu bernilai RM11.6 juta