Malaysia mantapkan sektor akuakultur demi jamin bekalan makanan

KUALA LUMPUR – Sistem keterjaminan makanan negara perlu terus diperkukuh agar petani kekal terbela dan bekalan makanan mencukupi dalam berdepan krisis bekalan global.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook beliau bersempena lawatan ke Vietnam Academy of Fishery Sciences (VAFIS), di Vietnam, semalam.

Semasa lawatan itu beliau turut berkesempatan melihat sendiri peranan besar VAFIS dalam memajukan sektor perikanan Vietnam yang banyak menekankan aspek penyelidikan dan inovasi, khususnya dalam bidang akuakultur.

“Ini satu perkara yang sangat baik dan Malaysia juga memberi tumpuan serius dalam usaha memperkuat sektor ini.

“Banyak yang kita boleh belajar antara satu sama lain. Saya nampak ada peluang besar untuk Malaysia dan Vietnam tingkatkan kerjasama terutama dalam pembangunan akuakultur, perikanan mampan dan juga perkongsian ilmu serta kepakaran,” katanya.

Beliau berharap lawatan itu menjadi permulaan kepada kerjasama lebih kukuh antara institusi kedua-dua negara.

Mohamad berkata, hubungan Malaysia dan Vietnam yang sedia baik akan terus diperkasa agar kedua-dua negara boleh menghadapi cabaran krisis bekalan global di samping memastikan bekalan makanan negara terus terjamin.

Related Posts

Microsoft Elevate lahir 80,000 peserta mahir AI

KUALA LUMPUR – Microsoft Elevate dilaksanakan Microsoft berjaya memperkasakan 80,000 peserta setakat ini, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan syarikat itu dalam memperkukuh pembangunan digital dan kecerdasan buatan (AI) di Malaysia.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
5,364 jemaah haji Malaysia tiba di Madinah

MAKKAH – Seramai 5,364 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah setakat 12 tengah malam tadi, menandakan kelancaran fasa awal pergerakan jemaah bagi musim haji tahun ini. Ketua Rombongan Haji…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

RM21 juta lindungi Tebingan Seblak, projek baik pulih bermula September

RM21 juta lindungi Tebingan Seblak, projek baik pulih bermula September

Forest bergaya belasah Sunderland 5-0

Forest bergaya belasah Sunderland 5-0

Malaysia mantapkan sektor akuakultur demi jamin bekalan makanan

Malaysia mantapkan sektor akuakultur demi jamin bekalan makanan