RM21 juta lindungi Tebingan Seblak, projek baik pulih bermula September

KABONG – Penduduk Kampung Sungai Benang di sini boleh menarik nafas lega apabila projek baik pulih koridor Tebingan Seblak fasa pertama dijadualkan bermula pada September depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir berkata, projek tersebut akan memfokuskan kepada kawasan kritikal sepanjang 425 meter terlebih dahulu bagi menangani isu hakisan yang kian membimbangkan.

Menurutnya, walaupun kajian teknikal menunjukkan keseluruhan kawasan yang perlu dibaik pulih adalah sepanjang satu kilometer dengan kos RM59 juta, namun buat masa ini peruntukan sedia ada akan dimaksimumkan.

“Kita akan mulakan dengan apa yang ada. Peruntukan RM21 juta yang diluluskan akan digunakan untuk fasa pertama melibatkan kawasan paling terancam.

“Keselamatan penduduk adalah keutamaan kita. Saya telah meminta agar pelaksanaan dilakukan secara berfasa supaya masalah hakisan ini tidak terus melarat sementara kita mengusahakan baki peruntukan yang diperlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Sesi Libat Urus Status Projek Baik Pulih Koridor Tebingan Seblak di Pusat Khidmat ADUN Kabong, pada Jumaat.

Sesi tersebut turut dihadiri wakil Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sarawak, agensi pelaksana, serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Mengulas lanjut, Mohd Chee menjelaskan bahawa langkah pengukuhan tambahan akan dilakukan segera terhadap struktur benteng undur (retreat bund) sedia ada yang telah siap pada November tahun lalu.

“Struktur benteng undur (retreat bund) sepanjang 70 hingga 80 meter itu akan dinaik taraf menggunakan tanah bukit untuk memastikan ia lebih kukuh.

“Selain itu, saya juga bersetuju dengan cadangan intervensi segera yang dikemukakan wakil pekebun di kawasan terlibat demi memastikan punca pendapatan mereka tidak terjejas akibat hakisan tebing,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Jurutera JPS Sarawak, Ir Sheela Charlene Nadison dalam taklimatnya memaklumkan bahawa projek tersebut kini dalam peringkat penyediaan dokumen dan proses tender sebelum kerja fizikal dapat dimulakan.

Hadir sama dalam sesi berkenaan ialah wakil Residen Bahagian Betong, Ts Nurul Husna Johari; wakil Pejabat Daerah Kabong, Ahmad Sabree Salleh dan wakil IADA Kalaka Saribas Betong, Khadijah Nawawi.

Related Posts

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

KABONG – Beberapa Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada penduduk dalam satu program yang berlangsung pada Jumaat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd Chee Kadir…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

MIRI — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) berjaya menahan sebuah kapal tunda, selepas mengesan aktiviti penyalahgunaan dadah dalam operasi penguatkuasaan di perairan Miri pada petang Sabtu. Pengarah Zon Maritim Miri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Krisis global: Malaysia kekal bekalan bahan api tanpa catuan – PM

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

RM21 juta lindungi Tebingan Seblak, projek baik pulih bermula September

RM21 juta lindungi Tebingan Seblak, projek baik pulih bermula September

Forest bergaya belasah Sunderland 5-0

Forest bergaya belasah Sunderland 5-0