PRU17: Lima calon Pemuda UMNO bersemangat mahu ‘Bikin Balik Sabah’

LIMA wakil Pemuda UMNO diberikan tanggungjawab bagi mewakili parti itu sempena Pilihan Raya Umum Ke-17 (PRU17) Sabah, termasuk dua doktor perubatan dan seorang akauntan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, selain itu, dua orang lagi merupakan ahli perniagaan yang turut dipilih sebagai wakil calon muda mewakili Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan.

“Satu tanggungjawab yang besar dan bukan mudah tetapi Insya-Allah kami akan laksanakan sebaik mungkin kami untuk memberikan kemenangan untuk parti ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook,  pada Ahad.

Sebelum ini, BN Sabah mengumumkan 41 calon untuk bertanding di 41 kerusi Dewan Undangan (DU) Sabah pada PRU-17.

Kesemua calon diumumkan oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu majlis pengumuman di Bangunan UMNO, Kota Kinabalu pada Ahad.

Menurut Bung Moktar, BN Sabah telah mengesahkan penyertaan dalam PRN17 dengan menggunakan lambang keramat iaitu dacing.

Dr Muhamad Akmal turut menzahirkan penghargaan kepada Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Bung Moktar atas kepercayaan diberikan kepada barisan muda dalam PRN kali ini.

“Era baharu BN telah bermula. Kita bikin balik Sabah,” ujarnya.

Related Posts

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

PUTRAJAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM300,000 bagi membina semula titian di Kampung Selamat Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, susulan insiden runtuhan yang membahayakan keselamatan penduduk. Unit Komunikasi Korporat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang memperhalusi langkah lebih menyeluruh bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis bekalan global, termasuk mempertimbangkan kawalan terhadap pergerakan Jemaah Menteri serta kementerian, kata Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Terkesan krisis global, kerajaan pastikan bekalan plastik kekal stabil

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Projek RTP berjaya disiapkan ikut jadual, beri manfaat kepada penduduk

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

Kapal tunda ditahan, lima kru positif dadah

RM21 juta lindungi Tebingan Seblak, projek baik pulih bermula September

RM21 juta lindungi Tebingan Seblak, projek baik pulih bermula September

Forest bergaya belasah Sunderland 5-0

Forest bergaya belasah Sunderland 5-0

Malaysia mantapkan sektor akuakultur demi jamin bekalan makanan

Malaysia mantapkan sektor akuakultur demi jamin bekalan makanan