Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

JOHOR BAHRU – Kerajaan sedang memperhalusi langkah lebih menyeluruh bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis bekalan global, termasuk mempertimbangkan kawalan terhadap pergerakan Jemaah Menteri serta kementerian, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, pendekatan proaktif itu penting bagi memastikan negara tidak berdepan situasi catuan tenaga seperti yang dialami beberapa negara lain.

Beliau berkata, keputusan muktamad berhubung perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

“Kita nak elak (isu kekurangan bekalan) itu. Jadi kita perlu cari jalan untuk kurangkan penggunaan tenaga, seperti kerja dari rumah serta langkah-langkah lain yang dirasakan perlu.

“Kita bersyukur kepada Allah SWT setakat ini bekalan minyak masih mencukupi sehingga penghujung Jun, namun bekalan diesel sudah mula menghadapi masalah. Justeru, beberapa langkah akan diumumkan dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Permas Jaya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, MTEN kini mengadakan mesyuarat setiap dua hari bersama kementerian dan agensi berkaitan bagi memantau perkembangan bekalan tenaga secara menyeluruh.

Beliau menegaskan keadaan semasa memerlukan tindakan segera tanpa sebarang penangguhan.

“Langkah ini sudah sampai ke tahap kritikal. Kita tidak boleh tangguh lagi kerana sebarang kelewatan akan menjejaskan ekonomi dan kehidupan harian rakyat sekiranya berlaku kekurangan bekalan,” katanya.

Ditanya sama ada krisis tenaga global akan memberi kesan terhadap jadual Pilihan Raya Negeri (PRN), Anwar menjelaskan perkara itu belum dibincangkan setakat ini.

Related Posts

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

PUTRAJAYA – Kerajaan meluluskan peruntukan khas sebanyak RM300,000 bagi membina semula titian di Kampung Selamat Lok Urai, Pulau Gaya, Sabah, susulan insiden runtuhan yang membahayakan keselamatan penduduk. Unit Komunikasi Korporat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pengurusan dana kemanusiaan oleh badan bukan kerajaan (NGO) perlu diperkemas bagi mengelakkan berlakunya salah guna serta penyelewengan. Perdana Menteri berkata, terdapat keperluan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

Royston agih insentif RM14,800 buat pelajar MRSM Mukah

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

RM300,000 bina semula titian Kampung Selamat Lok Urai

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Kawalan pergerakan menteri antara langkah tangani krisis tenaga

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Pengurusan dana kemanusiaan perlu diperketatkan elak salah guna

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Kerajaan fokus tiga pendekatan hadapi gelombang kedua krisis tenaga

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO

Golongan muda wakili 60 peratus permohonan baharu ahli UMNO