PRN17 Sabah: PKR Sabah gesa SPR laksana undi pos untuk pengundi luar negeri

KOTA KINABALU – PKR Sabah menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk melaksanakan undi pos bagi pengundi Sabah yang menetap di luar negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Ts. Mustapha Sakmud berkata, hak mengundi adalah asas demokrasi, namun ramai rakyat Sabah yang menetap di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan luar negara berdepan kesukaran untuk pulang bagi menunaikan tanggungjawab akibat kos penerbangan yang tinggi dan kekangan logistik.

“Setakat Disember 2024, Sabah mempunyai 1.69 juta pengundi berdaftar, dengan lebih 55 peratus daripadanya terdiri daripada golongan muda berusia 18 hingga 39 tahun.

“Namun, ramai yang mungkin terpaksa melepaskan hak mereka kerana kos perjalanan yang membebankan, terutamanya ribuan mahasiswa Sabah yang menuntut di universiti dan kolej di seluruh negara,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Sabtu.

Mustapha berkata, generasi muda khususnya golongan mahasiswa perlu diberi peluang dalam menentukan pimpinan dan hala tuju negeri mengikut perspektif dan cita rasa anak muda.

Beliau turut menekankan bahawa harga tiket penerbangan yang tinggi terutama ketika musim pilihan raya dan perayaan utama terus menjadi kebimbangan rakyat.

“Pada Oktober 2024, laporan menunjukkan bahawa tambang penerbangan antara Sabah dan Semenanjung boleh mencecah sehingga RM1,700,” tambahnya.

Selain undi pos, beliau juga mencadangkan SPR meneroka kaedah lain bagi memudahkan pengundi Sabah di luar negeri.

Tambah Mustapha, antaranya, undi atas talian yang boleh dijalankan dengan sistem keselamatan yang ketat seperti yang dilaksanakan di Estonia.

Selain itu, katanya mewujudkan pusat-pusat pengundian strategik di negeri lain seperti yang dilaksanakan pada Pemilihan Umum Indonesia yang lalu di mana mereka membuka enam pusat pengundian di Malaysia.

Related Posts

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan