Polis Kelantan nasihat jangan sentuh 3R sepanjang PRK Nenggiri

KOTA BHARU – Polis Kelantan mengingatkan semua pihak supaya tidak melakukan sabarang perbuatan dan provokasi menyentuh 3R iaitu kaum, agama dan raja, yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam sepanjang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun sebaliknya meminta semua pihak bersikap matang dan hormat menghormati antara satu sama lain.

Katanya, seramai 579 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari kontinjen Kelantan akan digerakkan bagi memastikan proses penamaan calon esok berjalan lancar.

“Manakala untuk penugasan pada hari mengundi pula seramai 995 pegawai dan anggota akan digerakkan bagi memastikan ketenteraman awam di Daerah Gua Musang dalam keadaan terkawal.

“Penutupan Jalan Persiaran Raya bermula dari lampu isyarat Persimpangan Mahkota sehingga lampu isyarat Persimpangan Bendahara dari arah Kuala Lumpur ke Kota Bharu bermula jam 7 pagi hingga 12 tengahari bagi memastikan proses penamaan calon berjalan lancar.

“Pihak polis juga mengingatkan kepada semua calon yang bertanding untuk mematuhi segala undang-undang serta akur akan peraturan dan tidak melakukan kesalahan yang boleh mengganggu gugat kelancaran proses pada hari penamaan calon.

“Calon dan wakil calon dikehendaki mengawal emosi penyokong untuk tidak menimbulkan sebarang provokasi terhadap penyokong parti lain selain tidak dibenarkan mengadakan perarakkan atau konvoi kenderaan untuk mempamerkan kehebatan parti,” katanya seperti dipetik dari Berita Harian.

Katanya, orang ramai juga diingatkan supaya tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan sepanjang tempoh PRK Nenggiri berlangsung merangkumi lokasi tumpuan ramai seperti pusat penamaan calon, pusat pembuangan undi serta premis yang terbabit dalam proses pilihan raya.

“Larangan ini juga termasuk tiga tarikh penting sebagaimana yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu hari penamaan calon, hari mengundi awal dan hari pengundian pada 17 Ogos serta sepanjang 14 hari tempoh berkempen.

“Ia bagi memastikan kelancaran PRK Nenggiri, selain mengelak berlaku sebarang kejadian tidak diingini terutama membabitkan aspek keselamatan orang ramai khususnya pengundi.

“Semua aktiviti pengendalian dron di negara ini adalah tertakluk mengikut Seksyen 4, Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98 dan Peraturan 104-144 Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADS),” katanya.

Related Posts

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

KUCHING – Sistem pendidikan negara tidak seharusnya menjadi mangsa kepada perubahan dasar setiap kali berlaku pertukaran kepemimpinan di Kementerian Pendidikan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TVET, pendidikan digital jadi keutamaan – TPM

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik inisiatif yang diumumkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek termasuk penghantaran 32 guru ke United Kingdom bagi menjalani latihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

MBSP arah restoran nasi kandar terlampau kotor tutup serta-merta

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Nelayan pukat udang maut dipanah petir

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Dasar pendidikan perlu konsisten, bukan bahan uji kaji – TPM

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Enam ‘scammers’ termasuk dua remaja mengaku lakukan penipuan

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Tun Ramli mahu i-Sejahtera diteruskan bagi ringankan beban rakyat

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah

Kawal harga rawatan, jangan abaikan nilai khidmat doktor – YPKM Sabah