PN ibarat ‘mengata dulang paku serpih’, benar kapal Israel berlabuh ketika berkuasa

PERIKATAN Nasional (PN) seolah-olah ‘mengata dulang paku serpih’ ketika memerintah negara dahulu membiarkan kapal dagang rejim Zionis bebas berlabuh dan pesawatnya bebas terbang di ruang udara Malaysia.

Tindakan PN memburuk-burukkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa beliau menyokong hak Israel ketika wawancara CNN adalah tidak wajar.

Anwar berkata demikian apabila pembangkang mengambil kesempatan memfitnah isi kandungan wawancara beliau yang disunting dan diambil di luar konteks dalam sidang medianya di akhir lawatan ke Peru.

“Masa kamu perintah, mengapa kamu izinkan pesawat Israel guna ruangan udara Malaysia, dia tak jawab.

“Masa kita perintah, adakah kita izinkan Israel berdagang? Tidak. Apakah kita izinkan pesawat Israel gunakan ruang udara kita? Tidak.

“Pas (PN) harus jawab. Pertamanya, mengapa izinkan kapal Israel berdagang,” katanya ketika sidang media itu.

Perdana Menteri berkata, beliau mengambil langkah untuk tidak lagi mempersoalkan hal itu kerana ia sudah berlalu.

Namun, beliau berkata, pembangkang bersifat keterlaluan memfitnahnya dan rakyat Malaysia harus tahu bahawa PN bersikap sambil lewa dalam hubungan antarabangsa melibatkan Israel.

Related Posts

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menegaskan, beliau tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan berhubung siasatan berkait kes pelaburan bernilai RM1.1 bilion. Ahli Parlimen Pandan itu berkata bahawa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki hina Yang di-Pertuan Agong didenda RM5,000, penjara tiga bulan

BANGI – Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi di sini hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 terhadap seorang lelaki selepas mengaku bersalah membuat hantaran jelik yang menghina…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Kad Kesihatan Kasih Makmur beri manfaat 10,000 veteran tentera, polis

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Rafizi Ramli hadir ke SPRM, siasatan pelaburan RM1.1 bilion diteruskan

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

Dua maut, dua cedera dalam kemalangan di Manek Urai

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

DAP saran persempadanan semula 7 DUN Johor, elak ketidakseimbangan pengundi

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

Penganggur mengaku tidak bersalah miliki diesel tanpa lesen

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data

DBKK-MYSA meterai MoU, pacu bandaraya berteraskan data