PMO panggil Meta untuk dengar penjelasan

KUALA LUMPUR – Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan mereka menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia berkaitan ucapan takziah dikongsi Perdana Menteri kepada Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh yang terbunuh di Tehran, Iran minggu lalu.

Gangguan sama sekali lagi berlaku malam semalam, ke atas siaran langsung sempena Himpunan Pembebasan Palestin yang diadakan di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Difahamkan, Anwar sendiri mahu mendengar penjelasan lanjut dari Meta berhubung beberapa tindakan gangguan serta sekatan ke atas akaun media sosialnya itu.

Minggu lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan Meta sedang menyiasat sekatan itu.

Fahmi berkata, syarikat berpangkalan di Amerika Syarikat itu juga memberitahu agak keliru dengan sekatan itu, namun tiada penjelasan lanjut diberikan.

Semakan di akaun Facebook Anwar sebelum ini mendapati, tiga hantarannya bagi mengutuk pembunuhan Haniyeh dan berkongsi gambar pertemuan dengan pemimpin Hamas itu diturunkan dari aplikasi media sosial berkenaan.

Related Posts

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’. Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

Jangan guna media sosial sebar hasutan

Jangan guna media sosial sebar hasutan