Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

KUALA LUMPUR – Status sebahagian kawasan di Pulau Sebatik, Sabah yang didakwa menjadi milik Indonesia masih belum dimuktamadkan dan kekal sebagai ‘grey area’.

Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Raden Mohammad Iman Hascarya Kusumo, menegaskan dakwaan bahawa kawasan seluas 127.3 hektar itu kini berada di bawah kedaulatan Indonesia adalah tidak benar.

“Saya mahu menegaskan (Pulau Sebatik) bukan di bawah kuasa Indonesia, ia masih ‘grey area’. Perbincangan mengenai statusnya masih berjalan di peringkat tinggi.

“Berita dari Indonesia tidak betul. Tolong jelaskan berita itu tidak betul,” katanya lapor Berita Harian.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti sumber laporan berkenaan bagi mendapatkan kepastian sama ada berlaku kesilapan fakta atau penyebaran maklumat tidak tepat.

“Saya perlu periksa lagi berhubung sumbernya kerana banyak yang tidak jelas, namun apapun ia tidak benar,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Staf Presiden Indonesia, M Qodari, mendakwa kawasan berkenaan yang sebelum ini berada dalam wilayah Malaysia kini menjadi milik Indonesia susulan rundingan diplomatik berkaitan sempadan darat antara kedua-dua negara.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, menafikan dakwaan itu dan menegaskan laporan berkenaan tidak tepat serta tidak mencerminkan hasil sebenar rundingan sempadan Malaysia dan Indonesia.

Mengulas lanjut, Mohammad Iman berkata perbincangan mengenai status kawasan itu masih berjalan dan keputusan muktamad belum dicapai.

“Kita masih menunggu hal itu dan akan memaklumkan mengenai perkara terbabit nanti,” katanya.

Related Posts

Krisis tenaga global dorong fokus perkukuh sektor pertanian – Akmal

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu mempergiat usaha memperkukuh sektor pertanian dan perladangan bagi memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara susulan krisis tenaga global yang semakin meruncing. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelantikan Pendakwa Raya melalui Parlimen tidak dapat elak pengaruh politik – Azalina

KUALA LUMPUR – Cadangan pelantikan Pendakwa Raya melalui mekanisme Parlimen tidak dapat mengelakkan pengaruh politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil