PM sampaikan kenyataan isu tarif AS pada Sidang Khas 5 Mei ini – Fahmi

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan kenyataan mengenai isu tarif Amerika Syarikat pada Sidang Parlimen Khas, kata Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga merupakan Menteri Komunikasi dan Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, sidang khas itu akan diadakan pada 5 Mei dan akan bermula pada 11 pagi.

Beliau berkata, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang akan membahaskan isu tersebut selepas Anwar menyampaikan ucapannya.

Katanya, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Kementerian Kewangan akan menggulung sesi perbahasan.

“Ketua Dewan Rakyat akan menghantar surat kepada Ahli Parlimen (pada sidang khas) secara rasmi hari ini,” kata Fahmi, semasa sidang media mingguannya di sini pada Rabu.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, Tengku Zafrul dan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan kini berada di Washington untuk berunding dengan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson, serta beberapa pegawai kerajaan yang lain untuk membincangkan cadangan berhubung isu tarif ini.

“Dalam masa beberapa hari ini, mereka akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari AS untuk permulaan siri perbincangan mengenai tarif.

“Kita tidak boleh menjangkakan apa yang akan diumum. Kita perlu tunggu sehingga mereka pulang dan melaporkan kepada Jemaah Menteri.

“Harapan saya, minggu depan kita ada sedikit maklumat hasil daripada lawatan itu,” katanya.

Terdahulu, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan tarif timbal balik sebanyak 24 peratus dikenakan terhadap Malaysia dan beberapa negara dagangnya mengikut kadar masing-masing.

Bagaimanapun, keputusan tersebut ditangguhkan selama 90 hari ke atas tarif timbal balik terhadap lebih 75 negara rakan dagang termasuk Malaysia kecuali China.

Related Posts

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO tubuh kolaborasi agung Melayu tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim