PM mahu MoU dengan China direalisasikan segera – Fahmi

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pelaksanaan segera 31 Memorandum Persefahaman (MoU) dan perjanjian kerjasama yang ditandatangani antara Malaysia dan China semasa lawatan negara oleh Presiden China, Xi Jinping minggu lalu.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan mesyuarat Kabinet hari ini juga memutuskan Wisma Putra untuk akan menyelaraskan pelancaran MoU berkenaan.

“Arahan daripada Perdana Menteri adalah semua MoU ini perlu segera dilaksanakan.

“Kabinet telah memutuskan bahawa Kementerian Luar akan menjadi kementerian yang akan menyelaras pelaksanaan bagi MoU yang ditandatangani itu,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, sebagai contoh baru-baru ini Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook telah memulakan perbincangan dengan China untuk mewujudkan ‘twin hub’ penerbangan antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang di Henan, China.

Beliau berkata, ia merupakan situasi ini menyaksikan perkembangan yang pantas dan beberapa pertemuan berkaitan telahpun diadakan sejak kebelakangan ini.

Baru-baru ini, Anwar dan Presiden China Xi Jinping menyaksikan 31 MoU dan pertukaran nota melibatkan kementerian dan agensi kedua-dua negara antaranya MoU Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatnya, Wang Yi mengenai kerjasama dalam Inisiatif Keselamatan Global (GDI).

Lawatan rasmi Jinping itu ke Malaysia itu menandakan hubungan diplomatik dua hala yang ke-50 tahun antara kedua-dua negara, dengan pelbagai inisiatif strategik dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi dan pembangunan negara.

  • Related Posts

    UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

    KUALA LUMPUR – UMNO akan mengundang pemimpin tertinggi setiap parti politik Melayu dan Islam untuk memulakan usaha pembentukan kolaborasi agung dalam masa terdekat. Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    UMNO tubuh kolaborasi agung Melayu tanpa menggugat Kerajaan Perpaduan

    KUALA LUMPUR – UMNO berhasrat untuk menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di bawah satu gabungan dikenali ‘grand collaboration’ atau ‘kolaborasi agung’, tanpa berhajat untuk menggugat Kerajaan Perpaduan. Presiden UMNO,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

    UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

    Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

    Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

    Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

    Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

    Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

    Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

    Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

    Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

    Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

    Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim