PETRA peruntuk RM1 juta pelan intervensi air di UMS

KOTA KINABALU – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memperuntukkan RM1 juta kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi melaksanakan pelan intervensi jangka pendek menangani isu gangguan bekalan air.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pelan intervensi tersebut susulan isu bekalan air yang berlarutan terutama di kolej-kolej kediaman UMS memerlukan tindakan segera dan penyelesaian praktikal yang melibatkan kerjasama pelbagai pihak dan agensi.

“Intervensi ini dijangka memberi manfaat secara langsung kepada lebih 3,000 pelajar, terutamanya di Kolej Kediaman Tun Mustapha dan Kolej Kediaman Tun Fuad yang sering terjejas akibat gangguan bekalan air.

“UMS ini seperti mana kita sedia maklum isunya  bekalan air khususnya pada asrama-asrama pelajar yang menghadapi masalah disebabkan air tidak sampai ke tangki yang disediakan.

“Pada peringkat kita, sebanyak RM1 juta diperuntukkan untuk melaksanakan beberapa program dan projek supaya bekalan air khususnya tangki itu dapat sampai terutamanya pada waktu puncak iaitu sebelah pagi tiga jam dan sebelah petang tiga jam,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Tujuh Projek Siap Tahun 2024 Pasukan Projek Khas Bekalan Elektrik Sabah (PPKBES) Petra kepada Kerajaan Sabah, sini pada Isnin.

Fadilah yang juga Menteri PETRA berharap apabila projek ini siap sepenuhnya, ia mampu mengurangkan masalah ketiadaan air yang membebani pelajar khususnya mereka yang menetap di asrama.

Dalam pada itu, katanya, tindakan intervensi yang akan dilaksanakan adalah membina saluran agihan khusus bagi menyambungkan sumber air bawah tanah yang telah dibangunkan.

“Penambahan tangki air bawah tanah dengan kapasiti pertambahan sebanyak 0.13 juta liter sebagai usaha menambahbekalan air dan pemasangan kawalan injap automatik sebagai langkah menstabilkan aras air dalam tangki servis UMS.

“Bagi menjamin tekanan air mencukupi di kediaman pelajar pam penggalak akan dipasang dari tangki servis ke Kolej Kediaman Tun Mustapha dan Tun Fuad menggunakan saluran ‘by-pass’ sedia ada UMS.

“Kerja ini dijangka siap dalam sebulan dan dijangka mempertingkatkan sistem bekalan air kampus,” ujarnya.

Related Posts

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

KUALA KANGSAR – Jenazah mangsa kes bunuh kejam dengan 61 kesan tikaman, Nurfisya Zulkifly, 19, selamat dikebumikan sekitar jam 5 pagi, Sabtu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Periang, Enggor, dekat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

JOHOR BAHRU – Isu kesesakan lalu lintas yang berlaku di Taman Pulai Jaya susulan kerja penyelenggaraan jalan baru-baru ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk, termasuk dakwaan yang mengaitkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

Jenazah mangsa 61 tikaman selamat dikebumikan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

‘Interchange’ Taman Pulai Jaya: Antara janji pemaju dan usaha kerajaan selesaikan kesesakan

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

AS arah 5,000 tenteranya keluar dari Jerman

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Dua beranak maut kemalangan babit dua kenderaan

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Tiada dokumen sah, kapal tunda dan tongkang ditahan Maritim Miri

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026

Zaini Garip raih emas di Kejohanan All England Senior 2026