Isu lantikan KMKK: PDP suarakan pandangan, harap konsensus GPS dipertahankan

KUCHING – Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Seri Tiong King Sing menyuarakan harapan agar proses pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di kawasan parti itu diteliti semula bagi mengelakkan sebarang kekeliruan atau campur tangan pihak ketiga.

Pandangan tersebut dikongsikan secara harmoni ketika beliau berucap di hadapan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta barisan kepimpinan tertinggi pada Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Ahad.

Menurut beliau, terdapat maklum balas daripada peringkat akar umbi mengenai proses lantikan yang dilihat tidak mencerminkan suara majoriti di beberapa kawasan PDP berbanding rakan komponen GPS yang lain.

“Saya lihat ada beberapa perkara yang kurang baik berlaku melibatkan pemilihan KMKK di kawasan PDP. Terdapat pergerakan di belakang pintu di mana golongan minoriti boleh menterbalikkan keputusan majoriti.

“Perkara ini tidak berlaku di kawasan PBB, PRS mahupun SUPP, tetapi hanya di kawasan PDP. Kita sahaja yang selalu diketepikan,” jelasnya.

King Sing merangkap Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bagaimanapun menjelaskan, perkara yang dibangkitkan itu sama sekali bukan bertujuan untuk berkonfrontasi, sebaliknya ia adalah teguran ikhlas bagi memastikan asas kerjasama dan perkongsian kuasa di dalam GPS kekal utuh.

Sebagai sebuah keluarga yang besar, beliau menyifatkan perbezaan pandangan adalah perkara biasa, namun cara ia diuruskan adalah penting bagi menjaga kepercayaan rakyat terhadap sistem kerajaan.

“Kita percaya kepada sistem dan urus tadbir yang berkaitan. Namun, apa yang saya cakap hari ini bukan bererti PDP mahu berkonfrontasi, tetapi kita mahu mempertahankan asas kerjasama.

“Elok untuk kita katakan kebenaran, walaupun kadangkala ia pahit. Bergerak ke hadapan, adalah penting proses yang telah dipersetujui secara kolektif dilaksanakan secara konsisten,” ujarnya.

Beliau turut menitipkan pesanan bahawa kekuatan gabungan GPS bergantung kepada kesatuan setiap anggotanya untuk tidak melemahkan diri sendiri demi kelangsungan masa depan Sarawak.

Related Posts

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

KUCHING – Kejatuhan pentadbiran pusat pada Pilihan Raya Umum 2018 pernah disifatkan sebagai detik paling getir, namun ia rupa-rupanya menjadi titik tolak yang membebaskan Sarawak daripada cengkaman pergantungan politik Semenanjung.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

GOMBAK – Kepemimpinan serta ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak boleh terlalu selesa sehingga terleka dengan kedudukan sebagai pemerintah dan melupakan asal-usul perjuangan parti. Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Iran tarik diri pameran DSA 2026

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Langkah berani tubuh GPS terbukti selamatkan kedaulatan Sarawak

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

Jangan terlena dibuai kedudukan selesa parti

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

MA63: PRS sokong ketegasan Abang Jo, pasukan perunding

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh

Perkukuh kesatuan, elak tamak kuasa kunci GPS terus utuh