Pentaksiran Darjah 4 bukan peperiksaan, fokus intervensi awal murid – Fadhlina

KUALA PERLIS — Pelaksanaan matrik pembelajaran darjah empat diperkenalkan sebagai mekanisme penilaian pembelajaran murid dan bukan peperiksaan berorientasikan ujian

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pentaksiran itu bertujuan menilai tahap penguasaan murid dalam subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, khususnya kemahiran asas membaca, mengira dan menulis (3M) serta kebolehan menaakul.

“Pentaksiran berkenaan akan dilaksanakan pada bulan Oktober ini dengan soalan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) sebagai penilaian berpusat bagi memastikan keseragaman dan ketelusan.

“Keputusan pentaksiran itu akan digunakan sebagai data penting untuk pihak sekolah dan guru merancang intervensi pembelajaran sepanjang tahun lima dan tahun enam sebelum murid melangkah ke sekolah menengah,” katanya ketika program PAKAT Prasekolah Jabatan Pendidikan Perlis Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai di sini hari ini.

Fadhlina menegaskan pendekatan itu tidak membawa semula UPSR dan tidak bertujuan mewujudkan budaya peperiksaan baharu, sebaliknya memberi sokongan awal kepada murid berdasarkan keperluan sebenar mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memberi penekanan kepada pendidikan prasekolah sebagai asas utama reformasi pendidikan negara.

Katanya, usia prasekolah merupakan tempoh paling kritikal untuk pembentukan karakter, nilai dan sikap kanak-kanak yang akan memberi kesan berterusan sepanjang laluan pendidikan mereka.

“Perubahan pendidikan global kini jelas beralih kepada pengukuhan pendidikan awal, bukan lagi hanya tertumpu kepada pencapaian akademik di peringkat kemudian.

“Jadi adalah penting penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal, termasuk melalui slot membaca bersama anak-anak di prasekolah dan sokongan kepada guru kerana pendidikan adalah tanggungjawab bersama semua pihak,” ujarnya.

Katanya, langkah-langkah tersebut bertujuan melahirkan generasi yang lebih bersedia, seimbang dan berdaya tahan dalam menghadapi cabaran masa depan dengan prasekolah sebagai tapak asas pembangunan pendidikan negara.

Related Posts

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraih kejayaan besar apabila memperoleh peruntukan bernilai RM1.5 juta daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui satu memorandum bagi memperkasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

MADANI Mart permudah akses barangan asas pada harga berpatutan

Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

  • By Ynom
  • April 22, 2026
Memorandum MPP UMS berhasil, KPT lulus peruntukan RM1.5 juta

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Mahkamah Persekutuan putuskan hukuman sebat sah di sisi Perlembagaan

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Nelayan warga Thailand maut selepas rebah di R&R

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara

Pegawai polis didakwa terima rasuah RM11,500 mohon dibicara