Masjid perlu kekal bebas elemen politik

PUTRAJAYA – Masjid perlu kekal berperanan sebagai institusi penyebaran agama dan ilmu serta tidak wajar dikaitkan dengan sebarang aktiviti atau pengaruh politik kepartian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Penegasan itu dibuat Zulkifli susulan dakwaan satu akaun Facebook milik sebuah masjid di Rawang memuat naik hantaran didakwa mengandungi unsur berkaitan parti politik.

“Saya masih belum dapat maklumat lengkap berhubung perkara ini, namun nasihat saya sampaikan ilmu yang terus fokus untuk membina negara, bukan urusan lain,” katanya, seperti dilapor Bernama.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Program Raih Keberkatan Ramadan (RAKAN) di Bangunan Parlimen, di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdull.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap pengendali akaun Facebook terbabit susulan dakwaan kandungan media sosial rasmi rumah ibadat itu mempunyai unsur parti politik.

Mohd Shahzihan berkata, perkara berkenaan bertentangan dengan hasrat Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan agar setiap masjid dan surau di Selangor bebas daripada pengaruh politik kepartian.

Mengulas mengenai Program RAKAN, Zulkifli berkata, program yang diadakan buat julung kali di Parlimen itu bertujuan mewujudkan penganjuran majlis ilmu secara berterusan yang bukan hanya tertumpu pada bulan Ramadan, sebaliknya dilaksanakan sepanjang persidangan Parlimen.

Related Posts

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR — Polemik berkaitan penganjuran festival berunsur air kembali mencetuskan perdebatan apabila kenyataan Exco Kerajaan Negeri Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah mengenai Festival Muzik Air mendapat kritikan balas daripada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan melaksanakan Pakej Daya Tahan Ekonomi dikenali sebagai Progressive Acceleration for Capability and Employment (PACE) sebagai usaha memperkukuh pembangunan modal insan serta kestabilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

RM710 juta diperuntuk di bawah PACE, fokus daya tahan tenaga kerja

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

PMX akan hubungi pemimpin luar, usaha bebaskan 10 rakyat Malaysia ditahan Zionis

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Rujuk prinsip nilai, adab dalam penganjuran acara berunsur hiburan

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC

Nasib aktivis GSF 2.0 belum diketahui – SNCC