Penguasaan teknologi, ilmu kesihatan tingkat kualiti hidup warga emas

KUCHING – Pembelajaran sepanjang hayat bukan sekadar mengisi masa lapang, sebaliknya merupakan keperluan kritikal bagi warga emas untuk mengekalkan kualiti hidup, kesihatan mental dan kestabilan kewangan dalam mendepani cabaran dunia moden.

Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli berkata, persepsi pembelajaran terhenti apabila usia meningkat perlu diubah, memandangkan perubahan teknologi yang mendadak menuntut golongan tersebut untuk terus mengadaptasi ilmu baharu.

Menurutnya, penguasaan teknologi komunikasi adalah antara elemen paling penting bagi mengelakkan warga emas daripada rasa terpinggir atau mengalami kesunyian akibat pergerakan fizikal yang semakin terhad.

“Apabila anak-anak dan cucu berada jauh di perantauan seperti di Semenanjung atau luar negara, teknologi menjadi penghubung utama.

“Jika dahulu lingkungan sosial kita mungkin mengecil apabila sukar bergerak keluar rumah, kini dengan adanya kemahiran menggunakan panggilan video dan media sosial, lingkungan sosial warga emas boleh menjadi lebih luas dan kekal aktif tanpa perlu perjumpaan fizikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena majlis Sambutan Hari Lahir Ahli Kelab Digital Warga Emas (DIWARMAS) bagi kelahiran bulan Oktober 2025 hingga Januari 2026 yang berlangsung di Galeri Pameran, Pustaka Negeri Sarawak pada Khamis.

Elak terpedaya testimoni produk

Mengulas lanjut mengenai aspek kesihatan, Japri menegaskan bahawa warga emas perlu melengkapkan diri dengan ilmu kesihatan yang berasaskan fakta sains dan memahami perubahan biologi tubuh badan sendiri, bukannya sekadar bergantung kepada testimoni produk semata-mata.

“Ramai yang mudah terpengaruh dengan kata-kata orang lain atau testimoni suplemen yang kononnya boleh menyembuhkan penyakit sehingga menghabiskan wang ringgit.

“Sebaliknya, kita perlu faham prinsip kesihatan dan isyarat tubuh badan. Kesakitan itu sebenarnya adalah satu isyarat daripada tubuh untuk kita berehat atau merawat kecederaan, bukan untuk terus dipaksa bekerja atau mengambil ubat tanpa usul periksa,” jelasnya.

Celik kewangan elak beban hutang

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh kepentingan literasi kewangan bagi golongan berpencen untuk mengelakkan tekanan hidup akibat pengurusan hutang yang lemah.

Jelasnya, kefahaman mengenai perbezaan antara aset dan liabiliti serta implikasi kadar faedah adalah ilmu asas yang perlu ada bagi memastikan wang persaraan mencukupi untuk menampung kos hidup dan perubatan yang semakin meningkat.

“Ilmu kewangan ini penting supaya kita tidak terbeban dengan hutang yang tidak perlu di usia emas, yang akhirnya boleh menjejaskan keharmonian keluarga dan masa depan anak-anak,” tambahnya.

Majlis sambutan hari lahir tersebut dianjurkan khusus untuk meraikan ahli DIWARMAS dengan pelbagai pengisian menarik termasuk sesi memotong kek, bergambar, dan sesi santai silaturahim bagi mengeratkan hubungan sesama ahli kelab.

  • Related Posts

    Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

    KOTA KINABALU – Pelbagai inisiatif baharu diperkenalkan bagi memperkukuh keterjaminan makanan negeri termasuk program Kebun Dapur, penubuhan pusat pemasaran hasil pertanian negeri serta pengurangan kebergantungan import makanan ternakan. Menteri Pertanian,…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

    KOTA KINABALU – Kebergantungan terhadap makanan haiwan import dikenal pasti sebagai punca utama isu harga ayam dan telur lebih tinggi di Sabah berbanding di Semenanjung. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

    Inisiatif Kebun Dapur, SAMA perkukuh keterjaminan makanan Sabah – Jamawi

    Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

    Harga ayam, telur di Sabah tinggi: Kebergantungan makanan import sehingga 98% punca utama

    Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

    Sidang DUN Perlis minggu depan ditangguhkan

    Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

    Wisma Putra kemas kini nasihat perjalanan ke Asia Barat, termasuk jemaah haji

    Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

    Malaysia peroleh 785 hektar wilayah hasil pemuktamadan sempadan

    Jangan guna media sosial sebar hasutan

    Jangan guna media sosial sebar hasutan