Penganggur dipenjara sebulan kerana menghasut

SUNGAI PETANI – Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana membuat hantaran hasutan terhadap institusi diraja di TikTok miliknya pada Julai lalu.

Majistret, M Kalaiarasi juga memerintahkan Nor Ismail Amran Ghazilah, 42, dipenjara lapan bulan jika gagal menjelaskan denda.

Lelaki itu didakwa menerbitkan penerbitan menghasut melalui aplikasi TikTok iaitu ‘Negeri Kedah curi hasil negeri lain-lain.. Sultan Kedah pencuri sebenar ketika itu, saya cabar seluruh Istana Anak Bukit dan mencabar Sultan Kedah’.

Tertuduh yang berasal dari Kuala Lumpur itu didakwa melakukan kesalahan di Pekan Sungai Petani pada jam 10 malam 6 Julai lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut
Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen akta yang sama yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Terdahulu, Nor Ismail merayu agar hukuman diringankan dan memberitahu mahkamah bahawa dia tidak bermaksud untuk menghasut kerana tidak membuat ucapan dan hanya menulis di Tik Tok sahaja.

“Saya tak sangka ada orang nak buat ‘report’ (laporan polis),” katanya.

Dalam rayuan yang sama, tertuduh turut memohon mahkamah menghalang media membuat liputan kes berkenaan.

“Saya mohon mahkamah tak benarkan media cover (membuat liputan), kes saya tak besar.

“Tadi saya pergi tandas ada media ambil gambar, mohon mahkamah halang media,” katanya yang turut diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Farahdina Che Bakar.

Farahdina kemudian turut memohon mahkamah mengenakan hukuman yang ringan terhadap tertuduh memandangkan ia merupakan kesalahan pertama dan sudah menyesal atas perbuatannya.

Katanya, tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pekerja kontrak sudah lapan bulan tidak bekerja dan tinggal bersama ibu yang sudah tua.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, S. Preeya memohon hukuman penjara yang setimpal kerana hasutan terhadap institusi diraja selain memberi pengajaran kepada tertuduh agar lebih berhati-hati menggunakan media sosial serta memberi pengajaran kepada orang awam.

Selepas hukuman dibacakan, Majistret menjelaskan mahkamah tidak dapat berbuat demikian (menghalang media) kerana itu merupakan kebebasan media.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi