Buaya baham pekerja ladang Indonesia ditembak mati

LAHAD DATU – Seekor buaya yang membaham seorang pekerja ladang sawit warga Indonesia di Ladang Rimmer Sungai Matamba, Jalan Lahad Datu – Tungku, di sini berjaya ditembak mati anggota Jabatan Hidupan Liar (JHL), pada Khamis.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohamad Akhbar Mohambar berkata, lima das tembakan dilepaskan JHL selepas mendapati mangsa berada di mulut reptilia terbabit.

“Pasukan bomba dan orang awam menjumpai kedudukan mangsa bersama buaya di kawasan sungai iaitu 50 meter dari lokasi mangsa disambar dengan keadaan mangsa berada di mulut buaya.

“JHL kemudian mengambil tindakan menembak mati buaya sebelum bomba turun ke sungai sebaik dipastikan reptilia tersebut telah mati,” katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

Menurut Akhbar, mangsa warga Indonesia berkenaan dikenal pasti sebagai Rusdi Tambah, 45, dipercayai memancing di tepi sungai tersebut sebelum disambar buaya.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sementara buaya sepanjang 15 kaki itu turut diserahkan kepada JHL.

Related Posts

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

PAITAN – Sebanyak 15 tan bekalan makanan dan keperluan asas dihantar ke pusat agihan di Kadazandusun Cultural Association (KDCA) Paitan bagi memperkukuh operasi bantuan kepada mangsa banjir di kawasan Sugut…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

KUCHING – Cadangan projek mega Kereta Api Trans Borneo (TBR) disambut baik berikutan potensinya sebagai pemangkin ekonomi dan logistik yang efisien untuk wilayah ini. Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

15 tan bekalan tiba di Paitan, mangsa banjir Sugut dibantu

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

Penerbangan pulang rakyat Malaysia dari Dubai, UAE dipertingkat

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

PM mahu FELDA terus jadi sebahagian pembangunan negara

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Konflik Asia Barat jadi peringatan, perkukuh perpaduan dunia Islam – PM

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Fenomena ‘masjid hopping’ meriahkan Ramadan di ibu kota

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan

Trans-Borneo: Sarawak sokong, mahu pelbagaikan mod pengangkutan