Cubaan seludup keluar ikan bilis ke negara jiran gagal

SANDAKAN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Sandakan merampas 800 kilogram ikan bilis kering yang dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran di perairan Sandakan pada baru-baru ini.

Pengarah Zon Maritim Sandakan, Kepten Maritim Muhamad Suhairy Hussain berkata sepasukan anggota yang melaksanakan operasi Op Pluto Timur / OP Khas Cegah PATI (OCP) Utara Covid 19 dan OP Tiris 3.0 pada pukul 1.25 petang mengesan sebuah vesel dalam keadaan mencurigakan di kedudukan 1.5 batu nautika menghala ke Pulau Taganak, Filipina.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel terbabit dikendalikan oleh seorang tekong dan seorang awak-awak masing-masing berumur 35 dan 36 tahun yang bukan warganegara.

“Pemeriksaan lanjut ke atas vesel berkenaan menemui 13 guni berisi ikan bilis kering yang disyaki untuk diseludup keluar ke Pulau Taganak, Filipina,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Jelas beliau, nilai rampasan termasuk ikan bilis kering, enjin sangkut dan vesel berkenaan dianggarkan berjumlah lebih RM48,000.

Muhamad Suhairy berkata, kesemua rampasan dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Sandakan dan diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk siasatan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga 2002 kerana melanggar syarat sah lesen dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah atau salah laku di perairan negara boleh menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Sandakan di talian 089-229504 atau hubungi talian kecemasan NG999 untuk tindakan segera,” katanya.

Related Posts

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

KABONG – Kabong bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi tuan rumah bagi Kabong International Beach Trail Marathon (KIBTM) 2025, acara maraton pantai bertaraf antarabangsa pertama yang dianjurkan di Sarawak. Acara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

KABONG – Usaha memperkasa sukan tradisional terus mendapat perhatian apabila Kelab Tarik Tali Trass Merah Kabong menerima sumbangan geran berjumlah RM8,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Datuk Mohd…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kabong lakar sejarah, jadi tuan rumah maraton pantai antarabangsa pertama di Sarawak

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Kelab Trass Merah Kabong terima sumbangan RM8,000

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Konsensus MADANI adalah agenda penyatuan nasional – KP JKOM

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

Imam meninggal dunia ketika solat Jumaat

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM