Pemberian interim khas Sabah Sarawak RM600 juta – PM

KUCHING – Kerajaan Persekutuan bersetuju memberi pemberian interim khas untuk Sabah dan Sarawak bernilai RM600 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peningkatan Pemberian Khas bagi Sabah dan Sarawak kepada RM600 juta masing-masing mulai 2025 berbanding RM306 juta masing-masing pada tahun ini.

Pengumuman tersebut dilakukan ketika beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 di Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis.

Selain itu, menurut kenyataan rasmi di Facebook, beliau menegaskan tujuh tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 yang selesai sepanjang pentadbiran Kerajaan MADANI meskipun usia kerajaan ini belum menginjak usia dua tahun.

Beliau juga turut memuji ketertiban sepanjang mesyuarat ini diadakan kendatipun terdapat perbedaan pendapat dan intervensi.

“Mesyuarat ini juga dirunding secara berhemah dan penuh diplomatik bagi memastikan kestabilan negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak terus kekal harmoni,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata komitmen di bawah Perdana Menteri Ke-10 menyaksikan lebih banyak perkara yang dapat diputuskan dalam tempoh dua tahun ini.

“Selain itu, sebanyak 11 tuntutan berjaya diselesaikan di bawah platform rundingan MA63,” ujar beliau lagi.

Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Related Posts

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

KANGAR – Seorang nenek mengaku bersalah dan didenda RM1,500 atas tuduhan memalsukan maklumat kelahiran seorang cucunya di Mahkamah Majistret Kangar di sini hari ini. Prosiding pendakwaan dilakukan oleh pegawai pendakwa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

KANGAR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyalurkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM17,193,470 kepada negeri Perlis bagi menyokong pelbagai program pembangunan Islam di negeri ini. Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr. Sirajuddin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Saifuddin Nasution peroleh penghakiman ingkar terhadap ‘Tam Jebat’

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

Nenek palsukan maklumat kelahiran cucu didenda RM1,500

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

JAKIM salur RM17.19 juta peruntukan kepada Perlis

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Kanak-kanak Pasti jadi mangsa pertama mercun di Kedah, putus jari telunjuk

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

Konflik Asia Barat tidak ganggu penerbangan domestik – Loke

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan

109 asnaf, enam penerima Perkeso terima sumbangan makanan