Pusat niaga GISB di Krubong kini sunyi, lengang

MELAKA – Deretan rumah kedai di bawah kelolaan GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) Krubong Perdana, di sini, didapati sunyi sepi biarpun beroperasi seperti biasa.

Difahamkan pusat perniagaan yang telah beroperasi sejak lebih 10 tahun lalu di kawasan itu dan berhampiran jalan raya didapati lengang berbanding sebelum ini selepas berita pemerdagangan dan eksploitasi kanak-kanak oleh GIBS berjaya dibongkarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pagi Rabu.

Tinjauan juga mendapati tiada kanak-kanak dikesan bekerja di bawah premis terbabit.

Selain terdapat kafe yang terletak di persimpangan rumah kedai, terdapat beberapa premis perniagaan lain di bawah syarikat itu termasuk pasar mini, kedai langsir yang masih beroperasi.

Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Badaruddin Mohd Kassim dalam kenyataannya mengesahkan jabatan itu tidak ada melakukan sebarang serbuan di premis terbabit.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain turut mengesahkan seramai 402 kanak-kanak berjaya diselamatkan hasil serbuan polis ke atas 20 rumah amal dikaitkan GISB di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Tambahnya, PDRM menerima laporan berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan perbuatan cabul terhadap kanak-kanak di rumah penjagaan dipercayai milik GISB di Negeri Sembilan dan Selangor.

Razarudin menjelaskan, GISB kini disiasat antaranya mengikut Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Related Posts

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

KOTA KINABALU – Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa sebanyak 15 unit telefon pelbagai jenama bersama kad SIM diterima dalam satu plastik lut sinar pada dua tarikh berasingan, iaitu 8…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sabah ambil alih 83 projek bekalan air luar bandar – Zahid

KOTA KINABALU – Sebanyak 83 projek bekalan air luar bandar (BALB) di Sabah diserahkan kepada kerajaan negeri melalui penurunan kuasa daripada kerajaan Persekutuan bagi mempercepat pelaksanaannya. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Saluran maklumat krisis Asia Barat untuk jemaah haji diperhalusi

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Sekatan media sosial bawah 16 tahun dijangka dilaksana pada Jun

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

Seorang didakwa, lima dikompaun sebar berita palsu harga bahan api – MCMC

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

KPM rancang lima atau tujuh sekolah kategori K11 tahun depan

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting

Inkues Zara Qairina: 15 telefon, kad SIM jadi bukti penting