Program LEADS dan SKM buka peluang baru untuk masyarakat luar bandar

KAPIT – Program Graduasi Kelas ‘Literacy Education For Adult Skills’ (LEADS) dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diadakan di Dewan Suarah Kapit memberikan peluang kepada masyarakat luar bandar memperoleh ilmu dan kemahiran baru.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang dan Adat Bumiputera), Datuk Jefferson Jamit Unyat menegaskan bahawa program ini memfokuskan kepada pembangunan modal insan di kawasan luar bandar.

Menurut beliau, ilmu yang dipelajari melalui program tersebut diharapkan dapat mempertingkatkan pengetahuan peserta dan mempersiapkan mereka untuk berjaya sebagai usahawan di masa depan.

“Kepada peserta Kelas ‘Literacy Education For Adult Skills’ (LEADS), selagi kita mampu, teruslah belajar dan mengenali sesuatu yang baharu.

“Begitu juga dengan peserta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), saya berharap ilmu yang diperoleh akan memberi manfaat dalam mempertingkatkan pengetahuan dan membuka peluang untuk menjadi usahawan yang berjaya. Usia bukan penghalang untuk menimba ilmu,” katanya.

Dalam majlis graduasi tersebut, 11 peserta menerima Sijil Kemahiran Malaysia manakala 59 peserta menerima sijil daripada program LEADS.

Selain itu, beliau turut menyumbangkan RM10,000 kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Kapit melalui peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebagai sokongan tambahan untuk masyarakat tempatan.

Program ini diharapkan dapat memberi impak yang positif dan membuka lebih banyak peluang kepada masyarakat luar bandar untuk meningkatkan taraf hidup mereka melalui pendidikan.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi