Pemandu lori dipenjara, didenda RM6,000 akibat kemalangan babit 15 kenderaan

PENAMPANG – Seorang pemandu lori warga asing dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Kota Kinabalu selepas didapati bersalah memandu secara cuai hingga menyebabkan kemalangan membabitkan 15 kenderaan di Jalan Duvanson, Putatan, berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Tansau pada 28 Februari lalu.

Dalam kejadian tersebut, lori dipandu tertuduh hilang kawalan sebelum merempuh kenderaan lain, menyebabkan kerosakan serius serta menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton, tertuduh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara dan denda bagi kesalahan memandu secara cuai. 

“Kegagalan menjelaskan denda akan mengakibatkan tempoh hukuman penjara ditambah enam bulan lagi.

“Selain kesalahan trafik, tertuduh turut didapati bersalah di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal melebihi tempoh sah selepas pas visanya mansuh,” katanya dalam kenyataan media di sini pada Rabu.

Dalam perkembangan berkaitan, Sammy berkata majikan tertuduh, seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun, turut dikenakan tindakan selepas disabitkan kesalahan menggaji pekerja asing tanpa dokumen sah di bawah Seksyen 55(b)(1) Akta Imigresen 1959.

“Polis memberi jaminan bahawa keselamatan pengguna jalan raya sentiasa menjadi keutamaan, dan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang serta membahayakan keselamatan awam,” kata Sammy. 

Beliau turut menyeru orang ramai agar sentiasa peka terhadap keselamatan jalan raya serta melaporkan sebarang insiden mencurigakan bagi memastikan ketenteraman awam terus terpelihara.

Related Posts

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

KOTA KINABALU – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) menzahirkan penghargaan terhadap keprihatinan dan usaha pihak pengurusan universiti dalam menangani isu gangguan bekalan air yang sedang melanda kampus.‎‎Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

KUCHING – Majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Kelab Literasi Digital Warga Emas Kuching (Diwarmas) yang berlangsung pada Khamis meriah dengan semangat silaturahim dan ukhuwah komuniti. Acara yang menghimpunkan warga emas…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi