Pelaburan Boeing di Kedah: PN ibarat meludah ke langit, jatuh ke muka sendiri

ALOR SETAR – Kerjasama Boeing Company dengan Malaysia dalam kilang pembuatan komponen kapal terbang di Bukit Kayu Hitam kini menjadi tamparan bagi kerajaan negeri Kedah.

Dalam kegembiraan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Mohd Nor dengan pelaburan asing masuk ke negeri itu, mungkin beliau sudah lupa Boeing Company itu, pemegang saham utamanya adalah Blackrock yang merupakan syarikat pelaburan dan pengurusan aset terbesar didunia.

Sebelum ini Sanusi amat lantang dalam membicarakan Blackrock yang dikatakan ada menyumbang bantuan kewangan kepada tentera zionis.

Persoalannya adakah kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah kelabu mata dengan pelaburan itu?

Kini adakah pelaburan Blackrock mula dihalalkan untuk melabur di negeri jelapang padi itu?

Menurut Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi berkata, mengikut pemikiran PN terutama Pas mereka seharusnya menutup kilang itu.

Ini disebabkan jika kilang itu beroperasi di Bukit Kayu Hitam ini bermakna mereka bersekongkol dengan Israel.

“Apabila kilang itu beroperasi ini bermakna memberi keuntungan kepada Blackrock.

“Ini secara tidak langsung tangan Sanusi turut berlumuran darah dengan membunuh rakyat Palestin, ujarnya.

Mahfuz berkata, dia yakin Sanusi tidak akan menutup kilang itu yang menawarkan banyak pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Ini bertentangan dengan PMX yang sanggup membawa mangsa kekejaman Israel ke Malaysia untuk mendapat rawatan.

“Meludah ke langit akhirnya jatuh ke muka sendiri. Begitulah peribahasa sesuai untuk kepimpinan PN hari ini. Mungkin juga dalil baharu akan keluar bagi menghalalkan tindakan kerajaan negeri itu.

“Saya berharap cukuplah mainkan isu ini. Sepatutnya mereka bantu kerajaan hari ini untuk meletakkan Malaysia sebagai negara yang maju dan disegani di dunia,” ujarnya.

Related Posts

Bekalan peranti perubatan terus kukuh hadapi tekanan krisis tenaga global

KUALA LUMPUR- Bekalan peranti perubatan negara kekal kukuh dan berada pada tahap terkawal walaupun berdepan kesan krisis tenaga global yang menjejaskan ketersediaan produk import berisiko tinggi di pasaran tempatan. Kementerian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia anjur DSA dan NATSEC 2026, himpun 1,456 syarikat global

KUALA LUMPUR – Lebih 1,456 syarikat dari 63 buah negara menyertai Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2026 bermula esok hingga Khamis ini. Menteri Pertahanan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Autism Fun Run cetus desakan tambah kemudahan sokongan di Sabah

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

Jiwa MADANI jadi platform perkasa kefahaman krisis tenaga global – Fahmi

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

DBKK nafi terlibat secara langsung anjur ‘Songkran Sunset Splash Run’

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

10,000 pengguna tidak terjejas, kerja paip tiga hari guna teknologi khas

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Subsidi RM350 sebulan sokong penjagaan anak autisme di PAUS

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis

Sidang DUN ditangguh, perlu masa perkemas pentadbiran – MB Perlis