33 tahun jadi kerajaan, Pas masih gagal selesai isu sampah di Kelantan

KOTA BHARU – Kelantan yang dipimpin PAS sejak puluhan tahun dahulu bukan sahaja gagal menyediakan kemudahan paling asas, lebih teruk rakyat turut berdepan permasalahan sampah serta longkang tersumbat akibat tidak diselenggara oleh pihak terbabit.

Seramai 500 Penduduk di Taman Bandar Baru Pasir Pekan di sini mendakwa mereka sering berdepan dan terpaksa hidup dalam suasana sampah serta longkang tersumbat akibat tidak diselenggara pihak berkuasa.

Meskipun kerap kali aduan telah dibuat namun masih tiada jalan penyelesaian diambil pihak terbabit sehingga kini keadaan masih sama.

Menurut mereka, masalah itu bukan sahaja menyakitkan mata sekaligus penduduk terpaksa menghidu bau busuk sampah.

Lebih teruk lagi, keadaan itu turut dikhuatiri mengundang pelbagai masalah seperti pembawakan jangkitan penyakit demam denggi merbahaya.

Seorang penduduk Mohd Hafiz Mohamad, 32, berkata, sebagai langkah keselamatan dan keselesaan ada juga penduduk mengeluatkan modal ribuan ringggit untuk kerja-kerja pembersihan longkang tersumbat.

“Disebabakan risau tentang keselamatan anak-anak di kawasan ini jadi ada juga yang sanggup keluarkan modal sendiri untuk upah bagi kerja-kerja pembersihan longkang.

“Kalu kita tengok kedudukan tong sampah juga tidak sesui diletakan berhampiran dengan longkang sebab kalau sampai limpah penuh dia boleh menyumbang kepada terjadinya longkang tersumbat.

“Jadi keadaan ini makin bertambah tersumbat lagi longkang sudah lah tidak diselenggara ditambah pula dengan sampah sarap,” katanya.

Sementara itu, Mat Hussin Sulaiman, 68, berkata, akibat longkang dan parit tersumbat di kawasan tersebut sudah lama tidak diselenggara secara sistematik ia telah mengundang pembiakan nyamuk aedes sehingga mengakibatkan beberapa penduduk di taman berkenaan turut dijangkiti denggi.

Katanya, keadaan itu bagaimanapun menimbulkan kebimbangan bukan sahaja kepada kesihatan sebaliknya keselamatan penduduk ekoran terdapat pembakaran dilakukan pada tempat pembuangan sampah.

“Akibat longkang dan parit tersumbat di kawasan tersebut sudah lama tidak diselenggara secara sistematik ia telah mengundang pembiakan nyamuk aedes sehingga mengakibatkan beberapa penduduk di taman berkenaan turut dijangkiti denggi.

“Keadaan itu bagaimanapun menimbulkan kebimbangan bukan sahaja kepada kesihatan sebaliknya keselamatan penduduk ekoran terdapat pembakaran dilakukan pada tempat pembuangan sampah,” katanya.

Related Posts

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

ALOR SETAR – Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah pada Khamis bagi tujuan pertuduhan berkaitan usahasama ternakan lembu milik kerajaan negeri. Menurut sumber, penahanan itu susulan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas
  • YnomYnom
  • December 5, 2025

KOTA KINABALU – Jenazah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas, di sini, pada Jumaat. Ziarah terakhir Allahyarham diadakan di Idang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

SPRM tahan Ahli Parlimen berhubung projek fidlot kerajaan Kedah

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Dewan Rakyat pasti merindui gelagat Bung – Amirudin

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar pemimpin lantang, jasanya kekal diingati – Fahmi

Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

  • By Ynom
  • December 5, 2025
Bung Moktar akan dikebumikan di Kampung Likas

397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

  • By Fatin
  • December 5, 2025
397 PATI selesai jalani hukuman dipindah ke Indonesia

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy

Bung Moktar individu hebat, sahabat yang setia – Wan Rosdy