Pas tutup premis judi hanya mainan politik, tunjuk parti perjuang Islam

KOTA BHARU – Tindakan Pas membangkitkan kesungguhan untuk menutup premis perjudian termasuk kasino terbesar besar Asia Tenggara di Genting Highlands sekiranya parti itu berjaya menawan Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) didakwa hanya mainan politik.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (Amanah), Muhammad Faiz Fadzil berkata, ketika parti berkenaan dan gabungannya menjadi kerajaan sebelum ini tiada sebarang usaha seumpama itu diambil.

Malah katanya, Pas juga hanya menggunakan judi sebagai alat politik untuk menunjukkan parti itu berjuang Islam, sedangkan jenayah lain terus berleluasa di negeri tadbir Pas atau SG4 tanpa perkara ini dibangkitkan di dalam Muktamar Pas.

“Sememangnya diakui judi haram di sisi agama dan atas sebab itu kerajaan mengharamkan semua bentuk perjudian ke atas orang Islam, tetapi Pas juga dilihat lupa bahawa aktiviti tidak sihat berkenaan bukan faktor tunggal berlakunya gejala jenayah dan penyakit sosial.

“Persoalannya, adakah jenayah lain bukan kesalahan syarie berbanding judi? Ironinya, negeri tadbir Pas iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis atau SG4 adalah antara yang tercorot dalam konteks banduan sabitan, kes jenayah, keganasan rumah tangga dan tangkapan kes dadah.

“Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan kes jenayah keseluruhan di Kedah melonjak lebih 22 peratus dan di Kelantan hampir 10 peratus.

“Dalam konteks jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol, samun dan sebagainya Kedah mendahului carta,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Kepimpinan Pas ketika Muktamar ke-70 di Kompleks Al-Makmur, di Kerdau, Temerloh yang berakhir Ahad lalu menyatakan komitmen untuk menutup premis perjudian termasuk kasino terbesar besar Asia Tenggara di Genting Highlands sekiranya parti itu berjaya menawan Pahang pada PRU16.

Bagaimanapun Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Andansura Rabu berkata, perkara itu perlu merujuk kepada lunas undang-undang dan bidang kuasa kerajaan negeri.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata, data juga menunjukkan bilangan banduan sabitan bagi 2022 berbanding populasi menunjukkan empat daripada lima negeri teratas adalah di bawah pimpinan Pas.

Selain itu katanya, Terengganu, Kelantan dan Perlis turut mendahului carta dalam aspek tangkapan dadah.

“Melihat kepada data-data ini, timbul satu persoalan besar. Di manakah Islam dalam pentadbiran Pas?

“Judi kononnya telah dihapuskan, namun dadah, keganasan domestik dan jenayah gagal dibendung.

“Hakikatnya, Pas gagal dan bak kata perwakilan Pas dalam muktamar sendiri, kepimpinan Pas gagal mengawal selia kualiti pemimpin.

“Peningkatan kes jenayah dan penyakit sosial ini melambangkan kelemahan pemimpin Pas mentadbir SG4 dengan baik,” katanya.

Related Posts

Muhyiddin lebih utamakan kedudukan Ketua Pembangkang berbanding bantu rakyat

AHLI Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah mempersoalkan gesaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lebih mengutamakan kekosongan jawatan Ketua Pembangkang, berbanding memfokuskan krisis akibat konflik Asia Barat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cadang tangguh PRN perlu dinilai dengan realistik

KUALA LUMPUR – Cadangan supaya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor ditangguhkan perlu dinilai secara realistik khususnya jika alasan penangguhan itu dikaitkan dengan faktor geopolitik semasa. Setiausaha Agung PKR,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi