‘Pas jangan berlagak abang besar, bertanding guna logo sendiri jika hebat’

PUTRAJAYA – Pas diingatkan untuk tidak berlagak menjadi ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional (PN), sedangkan kemenangan parti itu dalam pilihan raya banyak disumbangkan oleh kekuatan daripada rakan komponen yang lain.

Bekas calon Gerakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama, Aliff Taufid berkata, Pas seharusnya bersikap terbuka dan tidak menyinggung mana-mana parti komponen PN, khususnya bagi menarik sokongan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Pengarah Pilihanraya Pas Pusat (Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor), tidak perlu membuat kenyataan yang menyuruh Gerakan keluar dari PN. Sebaliknya saya mencabar Pas untuk bertanding atas logo parti sendiri jika hebat.

“Adakah boleh mereka menang semua kerusi seperti di Terengganu tanpa bantuan dan sokongan dari Gerakan dan Bersatu,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Terdahulu, kedua-dua parti itu berbalas kenyataan membabitkan isu penglibatan syarikat arak dalam program sumbangan dana kepada sebuah sekolah vernakular, baru-baru ini.

Kedua-dua pihak menzahirkan pandangan berbeza hingga mendorong segelintir pemimpin Pas mengkritik Gerakan secara terbuka dan sebaliknya.

Muhammad Sanusi sebelum ini tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dilemparkan Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong yang mengugut untuk keluar daripada PN jika Pas terus bersikap menindas parti komponen lain.

Dalam pada itu, Aliff berkata, terdapat keperluan buat Pas juga bersikap lebih matang dan profesional dalam berpolitik, seperti yang ditunjukkan Bersatu.

Jelasnya, kenyataan pemimpin Pas yang dilihat ekstrem sehingga menyentuh berkaitan isu agama, bangsa dan raja (3R) sebelum ini terus difahami oleh pemimpin dan ahli Gerakan.

“Namun, apabila pemimpin Gerakan membuat kenyataan yang dilihat memenuhi jiwa rakyat bukan Bumiputera, Pas tidak menghormatinya, sedangkan mereka tahu Gerakan perlu mengambil semula kepercayaan rakyat Malaysia terutamanya daripada masyarakat Cina.

“Pas sebagai sebuah parti lama seharusnya menghormati kenyataan daripada pelbagai pemimpin komponen bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap gabungan itu. Ini penting demi mengekalkan kepentingan sejagat agar PN menjadi pilihan pelbagai bangsa sekali gus mengamalkan konsep majmuk,” katanya.

Related Posts

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

KUANTAN – Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini. Mereka adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi