SPR keluar 43 kertas undi pos Nenggiri hari ini

KOTA BHARU – Sebanyak 43 kertas undi pos dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, kertas undi pos dikeluarkan hari ini oleh Petugas Pilihan Raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada calon-calon yang bertanding.

Katanya, kertas undi pos dikeluarkan adalah terdiri daripada 41 undi pos kategori 1A (petugas pilihan raya dan anggota polis) dan dua undi pos bagi kategori 1C (agensi dan organisasi).

“Kesemua anggota polis yang terbabit dalam PRK ini dikeluarkan kertas undi pos. Oleh itu, tiada pusat mengundi awal akan dibuka pada 13 Ogos ini.

“SPR mengingatkan kepada semua pengundi pos supaya membuat penandaan pada kertas undi, mengisi dengan lengkap dan betul borang perisytiharan identiti serta segera mengembalikannya kepada Pegawai Pengurus sebelum 5 petang pada hari mengundi iaitu 17 Ogos ini,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Beliau juga memberi peringatan kepada pengundi supaya menjaga kerahsiaan undi masing-masing dengan tidak merakam gambar kertas undi pos dan menularkannya di media sosial.

Related Posts

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

KUANTAN – Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini. Mereka adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

  • By Ynom
  • April 16, 2026
MPP UMS hargai keprihatinan, usaha universiti tangani gangguan bekalan air di kampus

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

Diwarmas rai Aidilfitri, seru warga emas terus kuasai ilmu digital

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

SSM santuni asnaf, bekas tentera sempena ulang tahun ke-24

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

‎Teruskan berkhidmat, perkukuh sektor agromakanan Sabah – Jamawi

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

PDRM tingkat kawalan stesen minyak sempadan, Ops Tiris 4.0 digerakkan

Exco akui kelemahan semakan jersi

Exco akui kelemahan semakan jersi