DAP Johor hormati keputusan pucuk pimpinan parti komponen

JOHOR BAHRU – DAP Johor telah sebulat suara untuk menghormati segala keputusan daripada pucuk pimpinan gabungan parti dalam menentukan calon mana lebih layak mengisi kekosongan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, kelak.

Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong berkata, keputusan itu diserahkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) melalui rundingan yang akan diadakan.

“DAP Johor berpegang kepada amalan lazim PH, bahawa penentuan dan pelantikan calon serta pembahagian kerusi ditentukan pucuk pimpinan parti komponen secara musyawarah tanpa perlu dibincangkan dalam media.

“Selain itu DAP Johor berpegang kepada prinsip ‘incumbency’ di mana kerusi yang dimenangi pada PRU (pilihan raya umum) dan PRN (pilihan raya negeri) sebelum ini akan ditandingi parti penyandang dalam pilihan raya kecil akan datang.

“Ini sama seperti ketika PRK Pulai dan Simpang Jeram, dan juga dalam PRK-PRK yang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Ketua Amanah Kawasan Kluang, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain dalam satu sidang akhbar di sini, mendesak pucuk pimpinan PH dan BN supaya memilih calon parti itu bertanding pada PRK DUN Mahkota.

Menurut Mohd Zuhan, ini kerana Amanah Kawasan Kluang yakin menang selepas membuat kajian dan analisis serta berdasarkan data terkini termasuk sokongan rakyat di kawasan itu.

Susulan itu, Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros menyatakan kekesalan dengan sikap Amanah dan menyifatkan desakan itu sebagai gelojoh serta tidak menghormati sensitiviti keluarga dan waris mantan ADUN Allahyarhamah Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang baru meninggal dunia.

Related Posts

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

SIBU – Seramai 723 penerima bantuan bulanan beragama Islam ceria apabila menerima sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Sumbangan tersebut disalurkan menerusi program Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

KUANTAN – Kerajaan Pahang sedia membina Rumah Rakyat Pahang (RRP) untuk waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran di Ulu Dong, dekat Raub, hujung bulan lalu. Perkara itu diumumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

  • By Siti
  • March 10, 2026
Iran tutup pintu rundingan dengan AS, sifatkan ‘pengalaman pahit’

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

723 asnaf ceria terima sumbangan Aidilfitri

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Waris mangsa kebakaran Ulu Dong bakal terima RRP

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Pelajar Kolej Vokasional maut terkena sabit pekerja ladang sawit

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

Berita gembira buat rakyat menjelang Aidilfitri

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia

PM beri perhatian serius operasi bawa pulang rakyat Malaysia