Norazima masih trauma – Bapa tiri

MUAR – Bapa tiri kepada seorang remaja yang cedera selepas kediaman mereka terbakar memaklumkan anak tirinya, Norazima Mohd Radhi,14, masih tidak dibenarkan menerima sebarang pelawat.

Norhasyim Mohd Taher, 43, berkata, ini kerana keadaan mangsa yang juga saksi utama kejadian masih berada dalam keadaan trauma dan kini berada di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar.

Sementara itu, Norhasyim memberitahu, hasil bedah siasat oleh unit forensik ke atas anaknya yang maut, Noradriana Nor Hisyam, 11, turut menemui kesan kecederaan akibat dipukul.

“Saya boleh kata keadaan muka anak saya hancurlah kerana ada kesan ketukan yang mana kita tidak tahu apa punca (sebenar)nya.

“Ikut kata doktor, kesan kebakaran itu tidaklah teruk sangat tetapi kerana ketukan benda tumpul yang kuat di kepala,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Paya Redan, di sini hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian awal pagi semalam pasangan warga emas Mohamed Nor Mohamed Yassin, 82, dan Ara Abdul Hamid, 76, serta cucu mereka Noradriana Nor Hisyam, 11, maut selepas rumah mereka hangus dijilat api, manakala seorang lagi mangsa terselamat, Norazima mengalami kecederaan dan ditempatkan di HPSF di sini.

Related Posts

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

KANGAR – Ketua Bahagian UMNO Kangar, Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa kerajaan negeri tampil memberikan penjelasan jelas berhubung penangguhan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang dijadualkan berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

SEMPORNA – Masalah jeti haram, pengusaha pelancongan tanpa lesen dan keselamatan pelancong kini menjadi fokus utama kerajaan Sabah. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin berkata, kementerian mengambil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM