Polis sahkan tiga mangsa kebakaran wujud elemen jenayah

MUAR – Polis mengesahkan wujudnya elemen jenayah terhadap ketiga-tiga mangsa yang dilaporkan meninggal dunia selepas kediaman mereka di Kampung Sekolah Paya Redan, Pagoh, di sini, dibakar.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhlis Azman Azizi berkata, susulan itu, polis giat memburu suspek utama yang juga penghuni kediaman berkenaan dikenali sebagai Azman Mohamed Nor, 48.

“Polis mengklasifikasikan semula kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh, Seksyen 436 KK (Khianat dengan api) dan Seksyen 326 KK (Menyebabkan kecederaan parah menggunakan senjata kepada mangsa yang masih hidup).

“Ini berikutan siasatan lanjut mendapati wujudnya unsur jenayah ke atas semua mangsa iaitu datuk, nenek dan cucu,” katanya dalam kenyataan.

Raiz Mukhlis berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi secara terus pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Siti Rohayu Salih di talian 016-219 9592 polis atau mana-mana balai polis berhampiran.

Related Posts

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus
  • YnomYnom
  • January 22, 2026

KOTA KINABALU – Pelaksanaan Pelarasan gaji penjawat awam di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 2 sebanyak tujuh yang menyaksikan peningkatan sebanyak tujuh peratus mencerminkan keprihatinan berterusan Kerajaan MADANI…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

TONGOD – Semua pihak diseru agar mengetepikan politik perbalahan dan bergerak secara adil dan bersama-sama demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat, kata Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

OPR kekal pada paras 2.75 peratus

SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

  • By Ynom
  • January 22, 2026
SSPA Fasa 2: Penjawat awam nikmati pelarasan gaji 7 peratus

Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

  • By Fandi
  • January 22, 2026
Ketepikan politik perbalahan, utamakan kestabilan rakyat

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

Desmond Labung terajui Persatuan Hoki Kuching sesi 2026-2028

SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

  • By Ithma
  • January 22, 2026
SMJ 2.0 fokus perkukuh infrastruktur dan utiliti

PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar

  • By Fatin
  • January 22, 2026
PRK Kinabatangan, DUN Lamag: Persiapan pengundian lancar