MARA rekod RM1.8 bilion hasil jualan produk di luar negara

KUALA LUMPUR – Nilai jualan produk usahawan di kalangan penyewa MARA yang menembusi pasaran luar negara mencecah RM1.8 bilion sepanjang Januari hingga Disember tahun lalu.

Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, usahawan itu turut membuka 14,409 peluang pekerjaan di seluruh negara.

Beliau berkata, pada masa kini seramai 35 penyewa premis perniagaan MARA berjaya menembusi pasaran luar negara dengan produk masing-masing.

“Produk usahawan ini meliputi kluster makanan dan minuman serta perkhidmatan dan gaya hidup membabitkan pasaran negara Eropah, Timur Tengah, Asia dan Asia Tenggara.

“Ini membuktikan produk tempatan sudah diterima di negara luar.

“MARA akan terus komited dalam memastikan usahawan mendapat sokongan yang diperlukan untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa sekali gus mampu mendapat tempat di pasaran global.

“Ia termasuk produk kluster makanan dan minuman (F&B), perkhidmatan dan gaya hidup bagi pasaran negara Eropah, Timur Tengah, Asia dan Asia Tenggara,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Penyewa MARA Se-Malaysia, hari ini.

Hadir sama dalam konvensyen itu, Ketua Pengarah MARA, Datuk Sri Azhar Abdul Manaf dan Timbalan Ketua Pengarah (Keusahawanan), Datuk Zulfikri Osman.

Asyraf Wajdi berkata, antara syarikat MARA yang berjaya menembusi pasaran luar negara termasuk Bubbles O2, Kumang & Co., Kasih Concept, Easy Paint Sdn Bhd, Fatihah Frozen Sdn Bhd dan Nk Exclusice Business.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi berkata, sebanyak RM48 juta diperuntukkan MARA bagi menampung perbelanjaan mengurus dan penyelenggaraan fasiliti serta premis perniagaan MARA.

Katanya, ia membabitkan RM32 juta belanja mengurus dan RM16 juta diperuntukkan untuk senggaraan premis perniagaan bagi peningkatan imej.

Konvensyen Penyewa MARA Se-Malaysia yang berlangsung hari ini menghimpunkan seramai 600 penyewa MARA seluruh negara.

Konvensyen julung kali diadakan itu memberi peluang kepada penyewa MARA untuk berinteraksi secara bersemuka dan bertukar pandangan dalam meluaskan jaringan perniagaan mereka.

Related Posts

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal dengan dasar tidak berpihak secara aktif dengan mengekalkan hubungan kerja bersama semua rakan dagang utama, sekaligus meletakkan negara sebagai rakan yang stabil dalam rantaian bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

KUANTAN – Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

Integriti ulama dalam politik kembali dipersoal

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

MCMC buka siasatan kes sebar maklumat palsu libatkan SPRM, Azam Baki

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Majikan digesa wujudkan tempat kerja bebas tekanan dan toksik

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

Pusat Konservasi Gajah bakal dibangun di Teck Guan Cocoa Village

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

RM5 bilion jaminan pembiayaan bantu PMKS hadapi tekanan global – PM

Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun

  • By Siti
  • April 21, 2026
Gaza perlu AS$71.4 bilion untuk pembangunan semula dalam tempoh 10 tahun