Pasaran pekerjaan diunjur kekal kompetitif

KUALA LUMPUR – Pasaran pekerjaan di Malaysia dijangka kekal kukuh dalam beberapa bulan akan datang, disokong pertumbuhan ekonomi memberangsangkan, kata penganalisis.

Penganalisis TA Securities, Farid Burhanuddin berkata, apabila aktiviti ekonomi dan perniagaan terus berkembang, sudah pasti ia menyumbang kepada penciptaan lebih banyak peluang pekerjaan dan pendapatan dalam ekonomi, yang akan menggalakkan lebih banyak penyertaan tenaga kerja dalam pasaran.

Selain itu, beliau berkata, prestasi Indeks Pelopor (LI) juga terus bertambah baik, menandakan ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan mampan.

Katanya, pada April 2024, LI meningkat sebanyak 4.3 peratus, justeru, pasaran buruh dijangka kekal dalam landasan stabil beberapa bulan akan datang, disokong pertumbuhan ekonomi menggalakkan apabila aktiviti domestik berkembang dan sektor luaran pulih.

“Unjuran kami menunjukkan penurunan dalam kadar pengangguran kepada 3.2 peratus menjelang akhir tahun.

“Tenaga kerja dan angka guna tenaga akan meningkat masing-masing sebanyak 1.7 peratus dan 2.0 peratus tahun ini.

“Pada masa sama, pengangguran dijangka menurun sebanyak 5.2 peratus sepanjang tahun,” katanya dalam nota penyelidikannya.

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bilangan penduduk bekerja pada Mei 2024 kekal dalam trend positif, meningkat 0.1 peratus dari bulan ke bulan kepada 16.58 juta orang berbanding 16.56 juta orang pada April 2024.

Sementara, bilangan penganggur pula susut sedikit sebanyak 0.1 peratus daripada 566,400 orang pada April 2024 kepada 566,100 orang pada Mei 2024.

Kadar pengangguran pada bulan itu tidak berubah iaitu pada 3.3 peratus.

Related Posts

DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

KULAI – DAP bersedia menjalinkan kerjasama utuh kepada mana-mana pemimpin PKR meskipun individu berkenaan merupakan muka baharu dalam jawatan berkenaan. Setiausaha Publisiti DAP, Teo Nie Ching berkata, ia sebagai bukti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mangsa penipuan dalam talian catat kerugian hampir RM800 juta

KULAI – Hampir RM800 juta nilai kerugian dialami kesemua mangsa penipuan dalam talian di seluruh Malaysia selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan tidak wujud. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kaamatan bukan sekadar warisan, tapi pemacu ekonomi dan perpaduan Sabah

Kaamatan bukan sekadar warisan, tapi pemacu ekonomi dan perpaduan Sabah

Kerajaan Negeri rangka Enakmen Pembangunan Belia Sabah

  • By Ynom
  • May 17, 2025
Kerajaan Negeri rangka Enakmen Pembangunan Belia Sabah

SMK Saribas terima manfaat projek sekolah daif luar bandar

SMK Saribas terima manfaat projek sekolah daif luar bandar

Keupayaan ilmu bantuan kecemasan penting selamatkan nyawa

Keupayaan ilmu bantuan kecemasan penting selamatkan nyawa

DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

  • By Suri
  • May 17, 2025
DAP sedia kerjasama dengan pemimpin baharu PKR

Mangsa penipuan dalam talian catat kerugian hampir RM800 juta

  • By Suri
  • May 17, 2025
Mangsa penipuan dalam talian catat kerugian hampir RM800 juta