HASiL terus komited pikul amanah tadbir cukai negara

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) memberi jaminan akan terus komited, telus dan adil dalam melaksanakan fungsinya memikul amanah dalam mentadbir cukai langsung negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, HASiL akan terus giat merangka pelbagai strategi percukaian yang berimpak tinggi merangkumi aspek operasi, pengurusan dan pematuhan bagi mendepani perubahan serta keperluan semasa.

HASiL dengan kerjasama Chartered Tax Institute of Malaysia sedang menganjurkan Persidangan Percukaian Kebangsaan 2024 (National Tax Conference 2024) ke-24 selama dua hari di Kuala Lumpur Convention Center, dengan tema “Tax Reforms: Driving Growth and Empowering the Nation”.

“Penganjuran NTC ini dilihat sebagai satu platform yang terbaik dengan membuka ruang kepada pembuat dasar dan pelaksana untuk berkongsi pandangan, pengetahuan dan pengalaman serta membincangkan isu-isu terkini percukaian mengikut kepakaran masing-masing.

“Diharap dengan penganjuran NTC 2024 yang telah memasuki siri ke-24 ini akan meningkatkan pengetahuan tentang isu-isu percukaian terkini dalam kalangan peserta sekali gus meningkatkan literasi, pematuhan dan hasil cukai demi kemampanan ekonomi negara,” katanya.

Persidangan ini berjaya menghimpunkan penyertaan seramai 2,081 peserta yang terdiri daripada pengamal percukaian, ahli badan profesional dan akademik seluruh negara.

Related Posts

Malaysia kekal tidak berpihak, mahu pembekal negara tembusi bekalan antarabangsa

KUALA LUMPUR – Malaysia kekal dengan dasar tidak berpihak secara aktif dengan mengekalkan hubungan kerja bersama semua rakan dagang utama, sekaligus meletakkan negara sebagai rakan yang stabil dalam rantaian bekalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

KUANTAN – Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pesta Vaisakhi perkukuh perpaduan, tarik pelancong antarabangsa

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Pasangan warga emas maut, cucu cedera kemalangan 2 kenderaan

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Lebih 3,000 mohon jadi ahli UMNO secara dalam talian

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Projek jalan RM47 juta pacu pembangunan sosioekonomi Muara Payang

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Sultan Ibrahim perkenan pelantikan 14 hakim, 17 ahli MAINPP

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen

Penunggang motosikal maut dirempuh lori simen