Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

KUANTAN – Sebanyak RM28.8 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk projek dan program pembangunan industri halal kepada agensi berkaitan, kata Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Mohd Shahar Abdullah.

Beliau berkata, peruntukan tahun ini disalurkan kepada Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Jabatan Kemajuan Islam dan Halal Development Corporation.

Katanya antara projek dan program diluluskan adalah yang menumpukan pembangunan inovasi dan teknologi halal, program pemudah cara pensijilan halal dan program pengukuhan integriti halal seperti pembangunan sistem My e-Halal JAKIM.

“Melalui peruntukan serta sokongan pembiayaan yang diberikan, penggiat halal diharapkan dapat membangunkan kapasiti perniagaan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan industri halal negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sidang Kemuncak Keusahawanan Pantai Timur Antarabangsa Pahang bersempena Ekspo Perdagangan dan Keusahawanan Pantai Timur Malaysia 2026 di sini hari ini.

Sementara itu, beliau ketika ditemui Bernama berkata, Pahang mempunyai potensi luas dalam memperkasa industri halal berikutan mempunyai kelebihan dari segi kedudukan yang strategik dan kemudahan logistik.

Justeru, beliau berharap pemain industri bersedia dan memanfaatkan infrastruktur logistik seperti projek Laluan Rel Pantai Timur yang dijangka beroperasi tahun depan.

“Kemudahan sudah ada dan industri mesti dibangunkan secepat mungkin. Kementerian Ekonomi melihat Pahang sudah ada kekuatan namun kita perlu ada sinergi, jangan bekerja secara bersendirian.

“Selain itu, kita mesti guna peluang yang ada dan paling penting kena agresif. Jangan biarkan ruang yang ada ini tidak dimanfaatkan oleh anak-anak dan usahawan tempatan,” katanya.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kebakaran besar musnahkan 200 rumah atas air

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Kerajaan sedia RM28.8 juta untuk pembangunan industri halal

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Penamatan kontraktor projek kolam renang awam undang persoalan

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Fahmi cadang taklimat berkala isu sempadan Sabah-Kalimantan Utara

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Had umur 16 tahun akaun media sosial: MCMC teruskan libat urus

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi

Permohonan kuota BUDI95 media dibawa ke MTEN – Fahmi