Malaysia, UAE perkukuh hubungan dua hala

MALAYSIA dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sedang dalam rangka perbincangan kerjasama untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala dalam pelbagai sektor.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pertemuan beliau dengan Menteri Tenaga dan Infrastruktur UAE, Suhail Mohamed Al Mazrouei, di Dubai, berlangsung bagi membincangkan kerjasama termasuk isu keterjaminan makanan.

“Saya dapat melihat kesungguhan UAE dalam memastikan ketersediaan bekalan makanan di rantau ini dengan menjadi pusat utama bagi eksport semula produk makanan.

“Ini secara tidak langsung membuka peluang besar untuk Malaysia meningkatkan eksport produk makanan dan halal ke pasaran UAE serta rantau sekitarnya,” katanya dalam catatan melalui Facebook.

Ahmad Zahid dan Suhail turut berbincang mengenai potensi kerjasama dalam sektor pengurusan logistik dan pelabuhan, khususnya penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang digunakan UAE dan terbukti berjaya mengoptimumkan pengendalian kontena selain meningkatkan kecekapan logistik.

Ahmad Zahid berkata, teknologi itu dapat membantu meningkatkan kapasiti serta daya saing pelabuhan tempatan seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Westports jika dilaksanakan kelak.

Kedua-dua negara juga berbincang mengenai peluang kerjasama dalam pengurusan bencana.

“Saya melihat UAE melalui Space42 mempunyai sistem pemantauan bencana yang canggih dan ia boleh membantu Malaysia membangunkan sistem amaran awal yang mampu meningkatkan keupayaan negara dalam menangani bencana dengan lebih cekap,” katanya.

Turut dibincangkan adalah potensi kerjasama dalam pembangunan pusat data dengan penggunaan tenaga hijau, di mana UAE telah melabur secara signifikan dalam infrastruktur membabitkan empat reaktor nuklear yang berjaya menyumbang kira-kira 25 peratus keperluan elektrik di negara itu.

“Saya juga menyambut baik cadangan UAE untuk berkolaborasi dengan Malaysia dalam teknologi data bagi memperkasakan fungsi dan data sekuriti di negara kita,” katanya.

Mengakhiri pertemuan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengambil kesempatan menjemput pihak UAE untuk menghadiri MIHAS@Dubai 2024 yang akan berlangsung di Dubai World Trade Centre bermula esok sebagai platform memperkenalkan produk Malaysia, selain mengundang negara itu menyertai Sidang Kemuncak Asean-Majlis Kerjasama Teluk (GCC), tahun depan.

Related Posts

FAMA laksana intervensi pasaran untuk stabil harga cili merah

KUALA LUMPUR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) melaksanakan intervensi pasaran bagi menstabilkan harga cili merah di Pulau Pinang susulan penurunan ketara harga ladang sejak awal tahun ini. Langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan sasarkan gaji bulanan RM3,500 menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan gaji penengah bulanan di Malaysia mencapai RM3,500 menjelang 2030, selain meningkatkan sumbangan pampasan pekerja kepada 40 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Menteri Sumber…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

UMNO perlu hala tuju jangka panjang, perkasa pembangunan Melayu

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

SPRM panggil Rafizi bantu siasatan pelaburan RM1.1 bilion Isnin ini

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

RM1 juta suntikan segera PMKS Sabah, kerajaan negeri perluas SME-Up 2026

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Projek RM123 juta naik taraf laluan pedalaman Ngemah

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

Kaul Mukah wadah kukuhkan perpaduan, pemangkin pelancongan

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat

UMNO perlu tangani keresahan Melayu, perbaiki keyakinan rakyat