Anwar mula lawatan rasmi ke Brazil, sertai sidang G20

DATUK Seri Anwar Ibrahim tiba di Rio De Janerio bagi lawatan kerja empat hari antara lain bagi pertemuan dua hala dengan Presiden Brazil, Inacio Lula da Silva dan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20).

Kehadiran Perdana Menteri dalam lawatan sulung ke negara itu adalah atas jemputan Inacio Lula, mencerminkan hubungan diplomatik mesra antara kedua-dua negara.

Pesawat khas membawa Anwar mendarat di Pangkalan Tentera Udara Galeao pada jam 10.24 malam waktu tempatan (9.24 pagi waktu Malaysia, 17 November).

Ketibaan beliau bersama Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz disambut Duta Besar Malaysia ke Brazil, Gloria Tiwet.

Turut mengiringi Anwar adalah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir serta Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Si.

Ketibaan delegasi Malaysia disambut Timbalan Komander Pangkalan Tentera Udara Galeao, Leftenan Kolonel Buch Itamaraty dan Kaunselor Kementerian Luar, Orlando Celso Timponi.

Anwar kemudian menerima tabik hormat pasukan tentera Brazil sebelum ke hotel penginapan bagi meneruskan mesyuarat pramajlis.

Jadual padat menanti Perdana Menteri sepanjang empat hari di ibu negara Brazil itu.

Ia termasuk pertemuan dengan Inacio Lula bagi membincangkan kerjasama dua hala antara Malaysia-Brazil dalam bidang perdagangan dan pelaburan, industri semikonduktor serta mengukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara.

Kedua-dua pemimpin akan bertukar pandangan mengenai perkembangan di forum serantau dan pelbagai hala termasuk Asean, BRICS dan G20.

Related Posts

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan beliau telah diberikan tanggungjawab baharu untuk mengelola dan memantau urusan FELDA dan FGV Holdings Bhd (FGV). Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis tahan bekas wartawan FMT

PUTRAJAYA – Bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), Rex Tan ditahan polis awal pagi tadi susulan soalan kontroversi dalam satu wacana awam, Isnin lalu. Tan, 31, yang meletak jawatan pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

UMNO undang pemimpin tertinggi parti Melayu, Islam mula usaha pembentukan kolaborasi agung

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Kenyataan bertentangan gores UMNO datang daripada DAP ‘Team B’

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Projek Hopecare tingkat akses air bersih komuniti luar bandar Limbang

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Ahmad Zahid diberi tanggungjawab jaga FELDA, FGV

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Maritim Tawau tahan bot nelayan tempatan, langgar syarat sah lesen

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim

Sabah lancar pelan pengurusan warisan dunia baharu, tumpu isu perubahan iklim