Malaysia hantar pasukan SMART ke Myanmar

PUTRAJAYA – Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang berlepas ke Myanmar pagi tadi akan melaksanakan misi bantuan kemanusiaan susulan bencana gempa bumi di negara itu antara tujuh hingga 14 hari.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tempoh misi yang dijalani pasukan SMART bergantung kepada situasi semasa di lokasi bencana.

“Kita harap kehadiran pasukan SMART… sedikit sebanyak membantu kerajaan Myanmar dalam usaha mengesan dan sekali gus menyelamatkan mangsa yang dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan di beberapa lokasi.

“Pasukan ini membawa peralatan mencari dan menyelamat (SAR) seperti dua unit trak dan satu hilux seberat 33 tan.

“Antara peralatan SAR dibawa adalah alat pemecah batu runtuhan, peralatan mengesan mangsa bawah runtuhan dan kamera wayar mencari mangsa yang terperangkap bawah tanah,” katanya.

Mereka terdiri pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia dan Polis Diraja Malaysia diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang menaiki dua pesawat A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan belum mempunyai sebarang perancangan untuk menghantar Pasukan SMART ke Bangkok, Thailand.

Katanya, ini kerana keadaan di Myanmar amat memerlukan bantuan dari negara terdekat, terutamanya Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025.

Related Posts

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

KUALA LUMPUR – Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta hilang kawalan dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Ampang, berhampiran Hospital Gleneagles, Ampang, awal pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah melihat semula aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian jenayah bunuh dalam kalangan pelajarnya berulang. Pengerusi MARA, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda