Tan Sri tipu wang RM10 juta diberkas

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri dipercayai menipu wang orang ramai sebanyak RM10 juta dengan alasan untuk diserahkan kepada polis bagi menyelesaikan kes pengubahan wang haram.

Sumber PDRM berkata, lelaki berusia 59 tahun itu ditahan Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman sebaik tiba di kediamannya di Jalan U-Thant, di sini petang semalam selepas pulang dari Osaka, Jepun.

“Suspek setakat ini sudah mengambil wang daripada mangsa kira-kira RM10 juta yang sebelum itu beliau dikatakan meminta RM25 juta dengan mendakwa mempunyai kenalan rapat dengan polis dan boleh menyelesaikan kes dihadapi mereka.

“Malah suspek menjelaskan kononnya wang diambil itu akan diserahkan kepada polis bagi membantu mangsa supaya tidak dikenakan tindakan atau disiasat membabitkan kes AMLA,” katanya.

Sumber sama memaklumkan, kegiatan suspek sudah dihidu oleh pasukan AMLA Bukit Aman yang kemudiannya menjalankan risikan dan siasatan sebelum menahan lelaki itu petang semalam.

“Suspek adalah tokoh berpengalaman selama 30 tahun dalam perniagaan industri minyak dan gas serta pengerusi kepada sebuah syarikat akan dibawa ke mahkamah esok (hari ini) untuk mendapat perintah tahanan reman,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan bahawa satu sidang media berkaitan kes itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Related Posts

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

KUALA LUMPUR – Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta hilang kawalan dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Ampang, berhampiran Hospital Gleneagles, Ampang, awal pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah melihat semula aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian jenayah bunuh dalam kalangan pelajarnya berulang. Pengerusi MARA, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda