Malaysia, Turkiye terus solidariti kepada Palestin

SERANGAN ganas Israel yang semakin memuncak di Palestin ketika umat Islam menyambut Ramadan dan Aidilfitri, menjadi antara topik perbualan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye, Recep Tayyib Erdoğan.

Kedua-dua pemimpin berkongsi pandangan menerusi panggilan telefon semalam, sambil Turkiye memberi jaminan berganding dengan Malaysia dalam solidariti bersama rakyat Palestin.

Perdana Menteri berkata, komitmen berkenaan dinyatakan Erdogan dalam perbualan mereka.

“Petang tadi sempat sampaikan ucapan salam Aidilfitri kepada sahabat, Presiden Turkiye Recep Tayyib Erdoğan dan keluarganya menerusi telefon.

“Saya turut nyatakan penghargaan atas perkembangan hubungan dua hala kedua-dua negara yang semakin mengukuh terutama susulan kunjungan beliau ke Malaysia tempoh hari.

“Kami juga bicarakan soal serangan ganas Israel yang kian memuncak di bumi Palestin tatkala umat Islam menyambut Ramadan dan Aidilfitri.

“Serangan sejak 18 Mac lalu telah membatalkan perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai yang sedang dirancang,” katanya menerusi catatan di akaun media sosialnya.

Anwar turut menegaskan kepada Erdogan mengenai keperluan segera bagi mempertimbang perancangan lain untuk menghentikan keganasan itu.

“Alhamdulillah, Erdoğan mengulangi pendirian tegas untuk terus bersolidariti bersama-sama saudara kita di Palestin,” katanya.

Perdana Menteri turut menerima jemputan daripada Erdoğan untuk berkunjung ke Turkiye.

“Semoga persahabatan erat kedua-dua yang kian mekar saat ini terus utuh dan membawa manfaat buat rakyat kedua-dua negara, Insya-Allah,” katanya.

Related Posts

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

KUALA LUMPUR – Suami isteri maut selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh sebuah kereta hilang kawalan dipandu seorang lelaki disyaki mabuk di Jalan Ampang, berhampiran Hospital Gleneagles, Ampang, awal pagi semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aspek keselamatan pelajar institusi pendidikan MARA ditambah baik

KUALA LUMPUR – Semua institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) diarah melihat semula aspek keselamatan bagi mengelakkan kejadian jenayah bunuh dalam kalangan pelajarnya berulang. Pengerusi MARA, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

Dakwa guna Kanun Keseksaan paling tepat untuk pemandu mabuk

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

54 mangsa kebakaran Kg Timbua terima bantuan segera

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Suami isteri maut dirempuh kereta dipandu lelaki mabuk

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Pesta Kaul Mukah 2026: JOLAMAS ungguli gelaran Raja Salui Lukut

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Tekad ringankan beban rakyat, BKJ Fasa 4 diumum minggu depan

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda

Lindungi sumber marin, tukun 15 tan jadi benteng halang pukat tunda