Malaysia ada masa hingga Ogos untuk runding tarif – Anwar

PERMATANG PAUH – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Malaysia masih mempunyai masa untuk mengadakan rundingan semula tarif timbal balik sebanyak 25 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat ke atas negara ini.

Perdana Menteri berkata, terdapat negara yang berjaya mengurangkan kadar tarif melalui rundingan antaranya Indonesia yang menurunkan tarif dari 32 peratus kepada 19 peratus manakala Thailand dan Kemboja masih kekal pada kadar asal.

“Malaysia ada masa sehingga awal Ogos untuk membuat keputusan berhubung pendekatan rundingan dengan AS.

“Dalam hal ini, kita akan gunakan pendekatan berbeza dan tetapkan beberapa syarat supaya rundingan ini membuahkan hasil,” katanya berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Induk Bumiputera, Tunas MADANI dan Projek Perumahan JKPSB di Dewan Besar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menyatakan bahawa Malaysia kini menerima pengiktirafan global selepas berjaya menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN yang menghimpunkan Menteri-Menteri Luar negara-negara besar dunia.

“Jepun, Korea, China, Amerika Syarikat dan Russia semuanya datang dan berunding di Malaysia. Ini satu pengiktirafan buat negara kita,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Presiden AS, Donald Trump telah mengumumkan tarif import baharu sebanyak 25 peratus ke atas barangan dari Malaysia, Jepun, Korea Selatan dan Kazakhstan mulai 1 Ogos ini.

Pengumuman itu dimuat naik ke platform media sosial milik beliau yang menandakan permulaan fasa baharu dalam tindakan perdagangan terhadap beberapa rakan dagang utama Washington.

Related Posts

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

PUTRAJAYA – Kerajaan melaksanakan pendekatan subsidi bersasar sebagai mekanisme penampan dengan mengekalkan harga RON95 dan diesel tertentu, di samping membenarkan bahan api tidak bersubsidi diselaras mengikut harga pasaran bagi mengurangkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

KOTA KINABALU – Sikap segelintir pemimpin yang dilihat semakin lantang mengkritik dalam isu tuntutan 40 peratus Sabah namun pada masa yang sama gagal memainkan peranan sebenar dalam memastikan penyelesaian yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Subsidi bersasar jadi penampan hadapi krisis tenaga global

Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

  • By Ynom
  • April 10, 2026
Retorik politik 40 peratus hak Sabah: Ewon dan Madius perlu letak jawatan

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Bekas Pengerusi SPR tutup usia

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan galak penggunaan skim ToU untuk bantu rakyat jimat bil elektrik

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Kerajaan beri amaran terhadap syarikat salah guna pembelian bahan api

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah

Tekanan kos global pengaruhi harga minyak negara – Amir Hamzah